awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif timbal balik Trump: Malaysia perlu ambil peluang, lihat dari dimensi daya saing

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
04/04/2025
02:35 MYT
Tarif timbal balik Trump: Malaysia perlu ambil peluang, lihat dari dimensi daya saing
Noor Azlan menegaskan bahawa jika daya saing negara hanya berpaksikan kos rendah, Malaysia akan mudah tewas dalam persaingan global. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu menilai semula daya saing ekonominya dalam pasaran global, sama ada bergantung kepada harga murah atau kualiti tinggi.
Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Prof Tan Sri Noor Azlan Ghazali menegaskan bahawa jika daya saing negara hanya berpaksikan kos rendah, Malaysia akan mudah tewas dalam persaingan global.
Sebaliknya menurut beliau, jika kelebihan negara terletak pada kualiti dan kompleksiti produk, harga bukan lagi faktor utama dalam menarik permintaan.
Dalam konteks ini, Pelan Induk Perindustrian (NIMP 2030) yang dilancarkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan peningkatan kompleksiti produk Malaysia.
Ini bermakna negara perlu menghasilkan barangan berteknologi tinggi dan sukar diperoleh di negara lain.
Selain itu, Azlan turut melihat perkembangan defisit perdagangan Amerika Syarikat (AS) sebagai satu dimensi baharu yang perlu diberi perhatian.
Ketidakseimbangan perdagangan yang berpanjangan memberi isyarat kepada AS untuk menilai semula dasar perdagangan globalnya.
Dalam peranan malaysia selaku pengerusi asean tahun ini, cabaran terbesar adalah membantu negara-negara serantau yang memiliki kuasa beli domestik rendah dan berdepan kesukaran menjual produk ke pasaran utama seperti amerika syarikat.
Oleh itu, strategi perdagangan yang lebih adil dan terbuka perlu diperhalusi bagi memastikan daya tahan ekonomi rantau ini.
Beliau berkongsi pandangan tersebut dalam program Niaga AWANI pada Jumaat.
Impak Tarif Timbal Balik AS Terhadap Ekonomi Malaysia: Perspektif Prof Tan Sri Noor Azlan Ghazali
Topic Berkaitan
#perang perdagangan
#Donald Trump
#tarif timbal balik
#daya saing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan