awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti

Bernama
Bernama
03/02/2026
09:40 MYT
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
Haiti selama bertahun-tahun berdepan keganasan berkumpulan dan ketidakstabilan politik, yang semakin memuncak selepas pembunuhan Presiden Jovenel Moise pada 2021. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin menyekat pentadbiran Trump daripada membatalkan perlindungan terhadap kira-kira 350,000 rakyat Haiti, lapor Anadolu Ajansi.
Hakim Daerah Ana Reyes di Washington, DC, menghalang penamatan Status Perlindungan Sementara (TPS) bagi rakyat Haiti sementara mahkamah mempertimbangkan saman yang mencabar langkah itu.
"Plaintif mendakwa yang Setiausaha (Keselamatan Dalam Negeri) (Kristi) Noem membuat keputusan untuk menamatkan perlindungan itu lebih awal dan berbuat demikian kerana sikap bermusuhan terhadap pendatang bukan berkulit putih. Dakwaan ini amat berkemungkinan," kata Reyes dalam penghakimannya.
TPS ialah program kemanusiaan yang menawarkan status undang-undang sementara dan kebenaran bekerja kepada rakyat dari negara yang mengalami konflik bersenjata, bencana alam sekitar, atau keadaan luar biasa lain yang menjadikan kepulangan tidak selamat.
Penetapan TPS untuk Haiti mula dilaksanakan pada 2010 susulan gempa bumi dahsyat dan diperbaharui beberapa kali sejak itu.
Haiti selama bertahun-tahun berdepan keganasan berkumpulan dan ketidakstabilan politik, yang semakin memuncak selepas pembunuhan Presiden Jovenel Moise pada 2021.
--BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Rakyat Haiti
#program perlindungan
#Hakim Mahkamah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami