awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif Trump: Peningkatan tarif 25 peratus bukan kejutan buat Malaysia - Penganalisis

Astro Awani
Astro Awani
08/07/2025
07:24 MYT
Tarif Trump: Peningkatan tarif 25 peratus bukan kejutan buat Malaysia - Penganalisis
Ekonomi negara dikatakan telah lama mengambil pendekatan bersedia menghadapi cabaran ini, memandangkan ketidaktentuan dasar perdagangan global sejak Trump kembali ke Rumah Putih. - Gambar/ Reuters
KUALA LUMPUR: Pengumuman terkini Presiden Donald Trump, berhubung peningkatan tarif sehingga 25 peratus bagi produk negara ini yang dieksport ke Amerika Syarikat (AS) bukanlah sesuatu yang mengejutkan buat Malaysia.

Ringkasan AI
  • Malaysia tidak perlu terkejut dengan pengumuman Presiden Donald Trump mengenai peningkatan tarif sehingga 25 peratus terhadap produk eksport negara, kerana langkah itu telah dijangka oleh pasaran dan pembuat dasar.
  • Pendekatan pragmatik Malaysia yang menekankan hubungan perdagangan pelbagai hala dan rundingan berasaskan undang-undang antarabangsa dilihat relevan dalam menghadapi ketidaktentuan dasar perdagangan global di bawah pentadbiran Trump.
  • Kesan terhadap nilai ringgit dijangka bersifat sementara, dengan asas ekonomi yang kukuh dan usaha mempelbagaikan pasaran perdagangan membantu mengekalkan kestabilan mata wang dalam jangka sederhana.

Malah, Felo Bersekutu Kanan Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Irwan Shah Zainal Abidin, menyifatkan langkah itu sebagai perkembangan yang telah dijangka lebih awal oleh pasaran dan pembuat dasar negara.
Ekonomi negara dikatakan telah lama mengambil pendekatan bersedia menghadapi cabaran ini, memandangkan ketidaktentuan dasar perdagangan global sejak Trump kembali ke Rumah Putih.
Tambah beliau, strategi pragmatik kerajaan Malaysia yang memberi fokus kepada hubungan perdagangan pelbagai hala, serta kerangka rundingan berasaskan undang-undang antarabangsa terbukti sebagai pendekatan relevan dan berkesan dalam konteks global semasa.
Dalam kerangka ini, keutamaan diberikan kepada prinsip penghormatan bersama antara negara, dan bukan kelebihan satu pihak.
"Ini adalah keadaan yang akan berlaku dari semasa ke semasa... maksudnya, selepas ini tidak perlulah terkejut jika tiba-tiba Trump umumkan itu dan ini... mungkin tiba-tiba dia buat u-turn hanya dengan umumkan di media sosial.
"Jadi saya fikir ini kita perlu nampak sebagai norma baharu dalam keadaan (pentadbiran) Trump 2.0," katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Ditanya mengenai kesan terhadap nilai ringgit, Irwan berkata sebarang penyusutan yang berlaku dijangka bersifat sementara.
Dalam tempoh sederhana, katanya ringgit dijangka kekal stabil hasil daripada usaha berterusan Malaysia dalam mempelbagaikan pasaran perdagangan dan meningkatkan permintaan luar terhadap mata wang tempatan.
Katanya, pergerakan ringgit ketika ini lebih kepada reaksi spontan pasaran, namun dari sudut asas ekonomi, tiada faktor yang menunjukkan ringgit akan terus melemah.
Topic Berkaitan
#tarif Trump
#Malaysia
#tarif AS
#ekonomi malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan