awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
09/02/2026
06:32 MYT
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
reman terhadap suspek akan berakhir 15 Februari ini bagi polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Foto Astro AWANI
ALOR SETAR: Reman ke atas suspek lelaki yang disyaki membunuh ibu kandungnya di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara di sini disambung tujuh hari sehingga Ahad ini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisoner Syed Basri Syed Ali berkata, reman terhadap suspek akan berakhir 15 Februari ini bagi polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini Astro AWANI melaporkan, seorang wanita ditemukan meninggal dunia dengan tiga kesan tikaman pada badan di rumahnya.
Mangsa dikenali sebagai Zahrullail Basir, 52, bekerja sebagai eksekutif operasi di sebuah bank di sini.
Susulan daripada itu, polis menahan lelaki berusia 29 tahun yang juga anak kandung mangsa dalam bas persiaran ketika suspek dalam perjalanan menuju ke Selangor pada malam selepas kejadian.
Hasil siasatan awal polis mendapati, suspek dipercayai mempunyai hutang pinjaman 'along' yang dibuatnya di Pulau Pinang.


Topic Berkaitan
#anak disyaki bunuh ibu
#reman disambung
#Alor Setar
#Zahrullail Basir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan