KUALA LUMPUR: Loob Holding, pemilik jenama teh gaya hidup serantau Tealive, berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran bebola mutiara berasaskan ubi kayu sehingga 300 tan sebulan, bagi memastikan bekalan bahan minuman Tealive itu mencukupi sepenuhnya menjelang bulan hadapan.
Syarikat itu baru-baru ini membina sebuah kilang boba bagi penghasilan mutiara ubi kayu bernilai RM10 juta di Malaysia.
Pengasas dan Ketua Eksekutif Loob, Bryan Loo berkata, kilang tersebut akan memperluaskan variasi pengeluarannya tahun depan untuk menghasilkan bahan-bahan Tealive yang lain.
"Kapasiti pengeluaran kilang kami adalah sebanyak 400 tan sebulan. Saat ini, kami hanya menghasilkan kira-kira 100 tan sebulan.
"Namun pada akhir tahun, kami berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran menjadi tiga kali ganda, iaitu 300 tan sebulan yang mencukupi untuk digunakan secara dalaman," katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.
Loo berkata, kilang itu akan segera memperluaskan variasi pengeluarannya kepada bahan-bahan lain yang diperlukan bagi penyediaan rangkaian minuman Tealive yang popular.
Katanya, rakan kongsi Loob, Zhejiang Boduo International Trade Co Ltd dan Shanghai Panfei International Trade Co Ltd adalah antara pengeluar bahan minuman terbesar di dunia.
Dengan visi yang kukuh dan komitmen terhadap kecemerlangan, transformasi dan inovasi dalam industri minuman di Malaysia dan di seluruh dunia, Loo bertekad untuk menjalin kerjasama yang lebih erat dengan rakan kongsi dari China itu.
"Loob yakin bahawa pelaburan semula di peringkat tempatan dapat membantu mengubah Malaysia menjadi pusat kecemerlangan dalam industri makanan dan minuman.
"Dengan sokongan rakan kongsi kami di China, kami telah membawa pelabur asing ke Malaysia untuk membantu memajukan industri ini.
"Kami mencapai kejayaan yang besar di sini dan kami yakin bahawa kerjasama kami akan menjadi lebih erat di masa depan.
"Dengan kepakaran, teknologi dan jangkauan pasaran mereka, serta warisan halal kami yang kukuh, kami yakin dapat bekerjasama untuk meneroka lebih banyak pasaran, terutamanya dalam penghasilan bahan halal," katanya.
Kilang Loob juga akan mula mengeksport mutiara ubi kayu mereka pada tahun depan, dengan memasuki pasaran Filipina terlebih dahulu, yang mana pasaran Tealive telah kukuh, katanya.
Tambahnya, pihaknya akan meneruskan pelaburan selanjutnya, seperti pemasangan teknologi pembungkusan automatik sepenuhnya pada tahun depan. - DagangNews.com
Dagang News
Fri Dec 01 2023
Wakil media diberi taklimat berkenaan bahagian pengeluaran mutiara ubi kayu di kilang boba Tealive di Klang baru-baru ini. - Foto DagangNews
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Tealive sasar tingkatkan pengeluaran mutiara ubi kayu hingga 300 tan sebulan
Kilang boba bernilai RM10 juta yang dibina baru-baru ini akan memperluaskan variasi pengeluarannya tahun depan.