awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teknologi digital faktor utama perdagangan masa hadapan - WTO

Bernama
Bernama
23/05/2023
20:30 MYT
Teknologi digital faktor utama perdagangan masa hadapan - WTO
Okonjo-Iweala berkata peralihan digital akan mewujudkan peluang dan cabaran terhadap perniagaan dan kerajaan. - Foto REUTERS
SEOUL: Ketua Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada Selasa berkata teknologi digital akan menjadi faktor utama yang mempengaruhi perdagangan pada masa hadapan, sambil menambah agensi itu akan memainkan peranan dalam memudahkan perdagangan global berasaskan digital, menurut kementerian industri Seoul.
Ketua Pengarah WTO Ngozi Okonjo-Iweala membuat kenyataan itu semasa pertemuan dengan usahawan muda dalam sektor digital di ibu pejabat gergasi portal internet Naver Corp, di tenggara Seoul, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga.
Menurut kementerian, ketua pengarah itu berkata bahawa teknologi digital akan menentukan masa depan perdagangan dan peralihan digital akan mewujudkan peluang dan cabaran terhadap perniagaan dan kerajaan.
WTO akan menyumbang untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa dan merangka dasar negara untuk memudahkan perdagangan digital, kata Okonjo-Iweala, sambil menyifatkan Korea Selatan kini menerajui dunia digital.
Mesyuarat pada Selasa menarik berpuluh-puluh pegawai muda daripada syarikat digital inovatif di Korea Selatan, termasuk Naver, gergasi e-runcit Kurly Corp., dan pemaju peranti dan perisian untuk orang cacat penglihatan Dot Inc.
Okonjo-Iweala tiba di Korea Selatan pada Isnin untuk rundingan dengan pegawai kanan kerajaan dan ahli perniagaan mengenai peranan WTO dan Korea Selatan untuk memulihkan sistem perdagangan pelbagai hala dan isu-isu lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WTO
#perdagangan masa depan
#teknologi digital
#Ngozi Okonjo-Iweala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan