Kerajaan tidak bercadang untuk menyelaraskan perbezaan caj perkhidmatan penumpang (PSC) antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, walaupun terdapat perbezaan ketara caj antara kedua-dua lapangan terbang itu, kerajaan masih berpegang kepada dasar untuk terus menyokong syarikat penerbangan tambang murah yang beroperasi di klia2.
"Kalau dulu di LCCT (Terminal Penerbangan Tambang Murah) itu memang cukai lapangan terbang (PSC) memang murah kerana ada sokongan kerajaan dan (syarikat penerbangan) AirAsia boleh berkembang pesat pada hari ini, tanpa sokongan kerajaan, mereka tidak boleh berkembang.
"Oleh itu sokongan ini terus diberi sehingga sekarang... PSC di klia2 pada masa ini agak rendah berbanding KLIA," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2016 di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau menjawab pertanyaan Tan Kee Kwong (PKR-Wangsa Maju) yang bangun mencelah semasa penggulungan itu yang ingin tahu sama ada caj itu akan diselaraskan bagi kedua-dua lapangan terbang itu.
Sebelum ini, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia mengumumkan PSC ditetapkan pada RM32 dan RM6 masing-masing bagi penumpang antarabangsa dan domestik yang menggunakan klia2 manakala penumpang di KLIA perlu membayar lebih iaitu RM65 and RM9 bagi penerbangan antarabangsa dan domestik.
Kadar baharu tersebut akan berkuat kuasa mulai 1 Jan 2017.
Liow berkata, PSC yang sebelum ini dikenali sebagai 'Cukai Lapangan Terbang' itu turut diselaraskan untuk perjalanan peringkat ASEAN kepada RM26 bertujuan menarik kedatangan pelancong dari rantau itu ke negara ini.
Terdahulu semasa membentangkan rang undang-undang itu, Liow berkata ia bertujuan memperbadankan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebagai suatu badan berkanun.
Di bawah rang undang-undang itu, jabatan itu akan ditukarkan nama kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia selaras dengan kehendak Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang menyarankan supaya negara pejanji kepada Konvensyen Chicago untuk menubuhkan pihak berkuasa penerbangan awam yang berautonomi.
Rang undang-undang itu kemudian dibacakan untuk kali ketiga dan diluluskan. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 24 2016
PSC di klia2 pada masa ini agak rendah berbanding KLIA. - Gambar fail
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Saham MAHB tinggi susulan jangkaan pengumuman PSC baharu
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di Bursa Malaysia didagangkan tinggi pada sesi awal hari ini.
Kadar PSC antarabangsa di klia2, lapangan terbang lain turun
Beliau berkata kadar PSC bagi sektor lain di semua lapangan terbang terbabit kekal iaitu RM35 bagi penumpang penerbangan ASEAN dan RM11 untuk penerbangan domestik.
AirAsia akan kemuka rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi
AirAsia Bhd akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak Permohonan Pembatalan oleh AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd berkaitan pembayaran PSC.
MAHB, kami tidak akan bersekongkol dalam skim bebankan rakyat - AirAsia
Prestasi MAHB yang lebih baik ini adalah atas sebab dominasi struktur dan menggambarkan MAHB sebagai satu struktur monopoli.
AirAsia gesa MAVCOM laksana PSC bagi lapangan terbang tertentu lebih cepat
Tan Sri Tony Fernandes berkata proses pengiraan tersebut, yang akan mencerminkan kemudahan yang terdapat di lapangan terbang masing-masing, boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan.
MAHB lancar portal bil untuk pelanggan, pembekal dan rakan perniagaan
Pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata portal tersebut akan membolehkan proses kewangan yang lebih cekap dan telus.
Malaysia Airlines sambut baik perubahan caj lapangan terbang
Awal tahun depan, caj lapangan terbang Kuala Lumpur akan menjadi sama untuk penerbangan domestik dan ASEAN dan pihak berkuasa merancang untuk penyamaan sepenuhnya menjelang 1 Januari 2018.