KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) tidak bercadang untuk menambat ringgit kepada dolar AS kerana langkah itu mempunyai risiko dan penggantian yang besar, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata, ianya bukan satu dasar yang terbaik untuk ekonomi negara kerana sekiranya sandaran tambatan ringgit dilaksanakan, Malaysia perlu mengikut sepenuhnya dasar monetari negara yang mata wangnya menjadi rujukan atau asas bagi tambatan ringgit.
"Contohnya, jika ringgit ditambat kepada dolar AS dan seandainya kadar faedah rizab Persekutuan meningkat sebanyak 325 mata asas atau 3.25 peratus secara keseluruhan pada 2022, maka kadar dasar semalaman (OPR) perlu dinaikkan pada kadar yang sama meskipun Malaysia berada pada tahap pemulihan ekonomi dan tekanan inflasi yang berbeza daripada AS.
"Dalam hal ini, Malaysia akan menghadapi kekangan untuk menetapkan dasar monetari dan rakyat pula terpaksa menanggung kos pembiayaan yang tinggi walaupun keadaan ekonomi negara kita tidak sama seperti AS," jelas Tengku Zafrul pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Ir Md Nasir Hashim yang meminta Kementerian Kewangan menyatakan sekiranya kementerian itu akan menetapkan nilai pertukaran ringgit dengan dolar AS bagi menstabilkan ringgit.
Tengku Zafrul turut menekankan bahawa kekuatan mata wang sesebuah negara bergantung kepada asas-asas ekonomi yang kukuh.
Pada asasnya, ekonomi Malaysia kekal di landasan yang kukuh, disokong oleh permintaan domestik dan luaran yang teguh serta harga komoditi global yang meningkat.
Kesemua ini telah dicerminkan oleh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada suku pertama tahun ini yang meningkat sebanyak 5.0 peratus dan dijangka terus berkembang lebih baik pada suku kedua.
Tengku Zafrul menambah sekiranya langkah tambatan tersebut dilaksanakan, ia perlu dilengkapi dengan langkah kawalan modal bagi mengelakkan pengaliran keluar modal..
Namun, katanya, tindakan tersebut akan menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia.
Sementara itu, beliau berkata, kadar pertukaran ringgit yang fleksibel pada masa ini merupakan satu dasar penting bagi mengimbangi keperluan menyerap kejutan luaran dengan kepentingan untuk menyokong aktiviti ekonomi domestik meskipun dalam keadaan pasaran kewangan dan kadar pertumbuhan ekonomi global yang tidak menentu.
"Sehubungan itu kerajaan menerusi BNM akan sentiasa memastikan keadaan pasaran kewangan yang stabil dan lancar serta mengambil langkah proaktif untuk memastikan kecairan yang mencukupi serta pasaran yang berdaya tahan dan mendalam untuk mencegah ketidakstabilan nilai ringgit.
"Pemantauan berterusan juga dilaksanakan oleh BNM untuk memastikan keadaan yang teratur dalam pasaran pertukaran asing dan mengelak turun naik yang ketara dalam kadar pertukaran ringgit," katanya.
Sehubungan dengan itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan terus menguruskan risiko perkembangan domestik dan luaran manakala BNM juga bersedia untuk menggunakan instrumen dasar operasinya bagi memastikan keadaan yang teratur dalam pasaran pertukaran asing untuk mengelakkan turun naik yang ketara dalam kadar pertukaran ringgit. - BERNAMA
Bernama
Thu Aug 11 2022
Bank Negara Malaysia tidak bercadang untuk menambat ringgit kepada dolar AS kerana langkah itu mempunyai risiko dan penggantian yang besar, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Mei 2024.
Program Soal Jawab Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengulas pelbagai perkara termasuk pengumuman Hari Pekerja serta isu-isu semasa yang mendepani rakyat dan negara.
#MalaysiaMADANI #AWANInews
#MalaysiaMADANI #AWANInews
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Terima anugerah Reader's Digest buat kali kelima, Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Kemas
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang meraih Anugerah Jenama Paling Dipercayai buat kali kelima bagi kategori Pu
AIM menang Anugerah Industri Kewangan Islam Global
AIM memenangi anugerah Islamic Finance News apabila dinobat IFN Best Islamic Microfinance Institution, serta menerima dua anugerah di bawah Global Good Governance Awards (3G).
Keprihatinan Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara hingga hujung nyawa
Keprihatinan dan cinta legenda bola sepak negara Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara dibuktikan apabila masih membicarakan tentang perkara itu pada hujung hayatnya.
Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah di India
Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.
Pulau Pinang akan bincang, teliti kenaikan gaji penjawat awam negeri - Chow
Kerajaan Pulau Pinang akan membincangkan mengenai kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan datang, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Lawatan kerja PM bina keyakinan bagi syarikat Malaysia terlibat dalam projek besar di Arab Saudi
Kejayaan lawatan kerja Anwar ke Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini, membina keyakinan untuk syarikat Malaysia diberi peluang terlibat dalam projek-projek besar di negara tersebut.
Kerajaan tidak pinggirkan kaum India, laksana pelbagai inisiatif - PM Anwar
Kerajaan MADANI tidak pernah meminggirkan kaum India malah pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memperkasa komuniti berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan tidak bercadang tambat ringgit - Steven Sim
Sim berkata, selain itu, bagi mengekalkan tambatan, negara akan memerlukan rizab antarabangsa yang besar.
Kerajaan kekal pendirian tidak tambat ringgit - Ahmad Maslan
Menambat ringgit akan menyebabkan Malaysia hilang uoaya untuk meneruskan dasar monetari dan memaksa Bank Negara Malaysia menaikkan OPR.
Tidak perlu tambat ringgit kepada dolar AS, asas ekonomi kukuh sokong nilai ringgit - Tengku Zafrul
Bukan satu dasar yang terbaik untuk ekonomi negara sekiranya sandaran tambatan ringgit dilaksanakan.
Malaysia tidak akan tambat ringgit, laksana kawalan modal - PM Najib
Kerajaan tidak akan melaksanakan kawalan modal atau menambat ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (US), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.