KUALA LUMPUR: Keprihatinan dan cinta legenda bola sepak negara Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara dibuktikan apabila masih membicarakan tentang perkara itu pada hujung hayatnya.
Perkara itu didedahkan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed yang menyifatkan bekas pemain kebangsaan era 80-an itu sentiasa melontarkan buah fikiran serta kritikan demi melihat kemajuan pasukan negara.
Mengimbau kenangan lepas, Noorul berkata Allahyarham masih mahu bercakap mengenai peluang Malaysia layak ke Sukan Olimpik walaupun baru sedar daripada koma sewaktu menjalani rawatan.
"Saya teringat masa beliau (Allahyarham) terjaga daripada koma, beliau duduk bercakap dengan saya, beliau masih bercakap pasal bola, katanya sekarang budak-budak (pemain muda) mesti ada masa yang panjang, mesti ada program khas lima hingga enam tahun untuk ke Olimpik.
"Kalau boleh beliau nak bola sepak (di Malaysia) kembali gemilang macam zaman beliau dulu, itu cita-citanya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada isteri Allahyarham, Siti Norkhanah Mohammed Yatim di sini hari ini.
Sumbangan khairat kematian itu merupakan satu daripada Skim Bantuan Khas Yakeb.
"Saya sangat terharu dengan sumbangan ini dan berterima kasih sangat kepada Yakeb terutama Datuk Noorul kerana dari arwah sihat sampai sakit sentiasa ada membantu dan menemani arwah. Apa yang dilakukan Yakeb akan saya kenang selamanya," kata Siti Norkhanah pada peny
Turut hadir abang Allahyarham, Hanafiah Ali yang merupakan anggota skuad Harimau Malaya yang memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran, Iran.
Allahyarham Khalid menghembuskan nafas terakhir pada usia 66 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, pada 6 Feb lepas akibat kanser paru-paru selepas kira-kira setahun melawan penyakit itu.
Allahyarham pernah menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1977 hingga 1985, dengan pencapaian terbaiknya membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2024
![Keprihatinan Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara hingga hujung nyawa Keprihatinan Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara hingga hujung nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714577117_TBNoorulAriffin.jpg)
Noorul Ariffin (kiri) menyerahkan cek khairat kematian kepada Siti Norkhanah Mohammed Yatim (tiga dari kanan) balu Allahyarham Khalid Ali di kediamannya di AU4 Taman Seri Keramat hari ini. - Gambar Bernama
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM
Hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah setimpal.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Johor hasrat lancarkan sekolah rintis mulai tahun depan
Kerajaan negeri Johor berhasrat melancarkan sekolah rintis negeri itu bermula tahun depan bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.
AWANI Ringkas: Sekolah rintis tumpu STEM tahun depan di Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Keprihatinan Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara hingga hujung nyawa Keprihatinan Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara hingga hujung nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714577117_TBNoorulAriffin.jpg)
Keprihatinan Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara hingga hujung nyawa
Keprihatinan dan cinta legenda bola sepak negara Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara dibuktikan apabila masih membicarakan tentang perkara itu pada hujung hayatnya.
![Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714210133_tbYAKEB.jpg)
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
![Pejabat Baharu: Yakeb sokong keputusan KBS Pejabat Baharu: Yakeb sokong keputusan KBS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697933395_YAKEB.jpg)
Pejabat Baharu: Yakeb sokong keputusan KBS
Yakeb berpendirian kebajikan bekas atlet perlu diberi keutamaan sementara mendapatkan penaja untuk membina pejabat baharu.
![FAM, Yakeb jalin kerjasama bantu bekas pemain kebangsaan FAM, Yakeb jalin kerjasama bantu bekas pemain kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694690635_FootballAssociation.jpg)
FAM, Yakeb jalin kerjasama bantu bekas pemain kebangsaan
FAM dan Yakeb menjalin kerjasama untuk memastikan kebajikan bekas pemain bola sepak negara diambil perhatian sepenuhnya.
![Doa buat Khalid Ali Doa buat Khalid Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680472430_KhalidAliHassan.jpg)
Doa buat Khalid Ali
Khalid mahu meneruskan kehidupannya dengan cara baharu yang lebih bermakna setelah disahkan menghidap kanser paru-paru pada awal Ramadan.
![Hannah, Yakeb beri penghormatan terakhir kepada Sabapathy Hannah, Yakeb beri penghormatan terakhir kepada Sabapathy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671057954_TBhannah.jpg)
Hannah, Yakeb beri penghormatan terakhir kepada Sabapathy
Sabapathy sebelum ini terlantar sakit di rumahnya di Seremban, selepas menghidap pelbagai penyakit termasuk masalah buah pinggang.
![Dua bekas atlet negara positif COVID-19 sembuh - Yakeb Dua bekas atlet negara positif COVID-19 sembuh - Yakeb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51590576714_atlet.jpg)
Dua bekas atlet negara positif COVID-19 sembuh - Yakeb
Dua bekas atlet kebangsaan yang sebelum ini didapati positif COVID-19 sudah pulih daripada jangkitan virus tersebut dan telah dibenarkan keluar dari hospital.
![Yakeb cadang jual jongkong emas bantu bekas atlet Yakeb cadang jual jongkong emas bantu bekas atlet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/41467009877_Gold.jpg)
Yakeb cadang jual jongkong emas bantu bekas atlet
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan perlu mencari idea baharu untuk menjana pendapatan kerana tidak boleh sentiasa bergantung kepada bantuan kerajaan.