KUALA LUMPUR: Majlis Profesor Negara (MPN) memaklumkan bahawa badan pemikir itu tidak menerima sebarang saluran dana kerajaan sejak ia dibubarkan pada 23 Mei 2018.
Menerusi satu kenyataan media, MPN berkata, tindakan kerajaan tersebut secara langsung mengeluarkan badan itu daripada naungan kerajaan.
"Mulai tarikh pembubaran itu MPN tiada lagi menerima saluran dana kerajaan dan beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai sebuah entiti bebas.
"Di sepanjang tempoh itu, pihak MPN telah mengambil inisiatif-inisiatif tertentu untuk menentukan kelangsungannya, di samping membuat pindaan terhadap perlembagaannya selaras dengan kedudukan dan statusnya itu," menurut kenyataan tersebut.
Mengulas lanjut, katanya, MPN mula diterima semula beroperasi di bawah naungan kerajaan dan menerima dana tahunan mulai Januari 2022.
Memetik Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024, dua ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) MPN didapati tidak mengisytihar kepentingannya sebagai pemilik saham kepada dua syarikat persendirian selaras dengan Akta 777 dan penyalahgunaan dana MPN bagi pembiayaan operasi kepada dua syarikat tersebut berjumlah RM373,516 mewujudkan konflik kepentingan.
Selain itu, pembayaran elaun tetap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi berjumlah RM207,000 dibuat tanpa kelulusan menteri yang dipertanggungjawabkan.
Malah, berlaku transaksi pembayaran yang dibuat tanpa kelulusan LPA antaranya honorarium felo penyelidik berjumlah RM399,000; pemasangan lif dan pengubahsuaian pejabat berjumlah RM82,500; penyelarasan gaji pengurusan tertinggi berjumlah RM62,500; pembayaran elaun tetap Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif berjumlah RM66,000.
Skop pengauditan meliputi penilaian terhadap aspek tadbir urus korporat MPN dalam mengendalikan aktiviti bagi tempoh tahun 2019 hingga 2023.
Ia termasuk penilaian terhadap aspek kedudukan kewangan meliputi analisis penyata kewangan beraudit tahun 2020, 2021 dan 2022.
Laporan itu menyebut, MPN tidak pernah diaudit oleh Jabatan Audit Negara sejak diperbadankan pada tahun 2014.
Katanya, MPN menerima geran mengurus daripada kerajaan berjumlah RM35.84 juta bagi tempoh tahun 2015 hingga 2018 serta 2022 dan 2023.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jul 04 2024

MPN: Mulai tarikh 23 Mei 2018, MPN tiada lagi menerima saluran dana kerajaan dan beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai sebuah entiti bebas.

Bakar rumah selepas ibu enggan beri wang beli dadah
Suspek kini telah ditahan dan akan berdepan pertuduhan melakukan perbuatan khianat.

Hetty Koes Endang nyanyi percuma, kementerian jimat RM100,000 - Mat Sabu
Mat Sabu memuji kebaikan Hetty yang sanggup menghiburkan tetamu majlis berkenaan tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Genap sebulan gempa landa Myanmar, ribuan masih tidur di khemah
Ribuan mangsa masih berlindung di khemah sementara di beberapa lokasi di negara itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 April 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Amirul Aiman
1. Model baharu penajaan JPA diperkenal
2. SMK Tinggi Setapak terbakar, pelajar selamat
3. Gangguan elektrik mega landa Sepanyol dan Portugal, darurat diisytihar
1. Model baharu penajaan JPA diperkenal
2. SMK Tinggi Setapak terbakar, pelajar selamat
3. Gangguan elektrik mega landa Sepanyol dan Portugal, darurat diisytihar

Bekalan elektrik di Sepanyol, Portugal mula pulih
Kejadian ini menjadi peringatan tentang betapa pentingnya kestabilan sistem tenaga dalam kehidupan seharian.

Putera William, Kate kembali ke Scotland rai ulang tahun perkahwinan
Pasangan diraja ini memilih untuk melawat Kepulauan Mull dan Iona, kawasan yang penuh dengan keindahan semula jadi.

Budak rosakkan lukisan Rothko bernilai RM250 juta di muzium Belanda
Lukisan abstrak oleh artis terkenal AS Mark Rothko mengalami calar pada bahagian bawah yang tidak dilapisi varnis.
AWANIPagi | Singapore votes: What's at stake this election?
Singapore heads to the polls in a pivotal election under new leadership. What’s at stake for voters, parties, and the region? We speak to Assoc. Prof. Dr. Ja Ian Chong, political analyst from National University of Singapure for a sharp, in-depth analysis. Catch the full conversation on ASEAN KITA.

Mahkamah dengar kes Harvard mengenai pembekuan dana Trump Julai ini
Kes ini berkaitan dengan pembekuan dana persekutuan bernilai lebih daripada AS$2 bilion.

UK hentikan perlindungan pelarian pesalah seks
Pesalah seks yang menimbulkan risiko kepada masyarakat tidak seharusnya mendapat manfaat daripada perlindungan pelarian di UK.

Audit bebas terhadap HRD Corp langkah tepat kembalikan kepercayaan rakyat - PAC
Mas Ermieyati berkata, ia membuktikan Sim berpegang kepada janji untuk tidak menyembunyikan sebarang kebenaran.

Projek naik taraf 636 loji rawatan kumbahan berada pada tahap 98.5 peratus - SPAN
Status terkini itu hasil langkah segera diambil bersama IWK bagi menangani isu kelewatan serta menyegerakan kemajuan kerja.

LKAN 2/2024: Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola - Fahmi
Keputusan untuk membenarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 dibahaskan di Dewan Rakyat adalah bukti kerajaan terbuka menerima kritikan membina bagi menambah baik tatakelola negara.

Tidak terima dana kerajaan sejak bubar pada 2018 - MPN jawab pendedahan LKAN
Mulai tarikh pembubaran itu, MPN tiada lagi menerima saluran dana kerajaan dan beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri.