KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) siri 2/2024 mendedahkan Majlis Profesor Negara (MPN) menyalahgunakan pembiayaan kewangannya.
Menurut laporan itu, MPN sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) yang dikawal selia Jabatan Perdana Menteri (JPM), didapati membiayai operasi dua syarikat persendirian berjumlah RM373,516.
MPN juga didapati membayar elaun besar RM207,000 kepada pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tanpa kelulusan menteri.
Menurut laporan itu, pindaan Artikel Pertubuhan pada tahun 2019 mengakibatkan objektif MPN tidak lagi selari dengan matlamat asal penubuhannya dan kerajaan tiada kawalan terhadap MPN.
Laporan audit juga mendapati dua ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) tidak mengisytihar kepentingannya sebagai pemilik saham kepada duasyarikat persendirian selaras dengan Akta Syarikat 2016 [Akta 777].
Justeru, LKAN mengesyorkan supaya JPM perlu mengkaji semula status MPN sebagai syarikat di bawah seliaan kerajaan dan status MPN perlu diputuskan sebelum dipertimbangkan sama ada penyaluran peruntukan geran wajar diteruskan atau sebaliknya.
Sekiranya MPN kekal sebagai syarikat di bawah seliaan kerajaan, MPN perlu membuat pindaan terhadap Artikel Pertubuhan dengan memasukkan wakil kerajaan dalam LPA untuk memantau operasi dan kewangan MPN.
JPM perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengurusan MPN bagi ketakteraturan yang dikenal pasti dengan merujuk kepada agensi penguatkuasaan berkaitan dan pengurusan MPN perlu dirombak secara menyeluruh.
Selain itu, LKAN turut mendedahkan, bahawa beberapa syarikat kerajaan persekutuan masih menghadapi masalah dalam mencapai objektif penubuhan serta mengekalkan kedudukan kewangan yang stabil.
Antara syarikat yang disebut dalam MARA Incorporated Sdn. Bhd dan Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) Mara incorporated sdn. Bhd.
Menurut LKAN, kerugian terkumpul Kumpulan MARA Inc adalah berjumlah RM286.30 juta, defisit pegangan saham berjumlah RM115.73 juta dan liabiliti semasa berjumlah RM234.96 juta pada tahun 2022.
Dalam pada itu turut didedahkan, kos pelaburan dalam lima syarikat subsidiari pada tahun 2022 mengalami penjejasan nilai terkumpul RM87.18 juta (54.8 peratus) kerana kedudukan liabiliti semasa bersih berikutan hutang antara syarikat yang tinggi melebihi aset yang dimiliki.
MRT Corp yang bertanggungjawab terhadap pembangunan sistem transit massa di negara ini juga turut disebut mengalami kelemahan dalam pengurusan projek dan kawalan kos, yang mengakibatkan pembaziran sumber dan kelewatan dalam pelaksanaan projek.
Menurut laporan, Akaun Muktamad MRT1 masih belum ditutup walaupun projek telah siap serta beroperasi sepenuhnya sejak 2017.
Untuk maklumat lanjut mengenai laporan ini, orang awam boleh mengaksesnya di laman web Jabatan Audit Negara mulai 10 pagi 4 Julai 2024.
Azyyati Ahmad
Thu Jul 04 2024
Majlis Profesor Negara yang bertujuan memanfaatkan kepakaran akademik negara, didapati menghadapi masalah dalam pengurusan kewangan dan pelaksanaan program, dedah Laporan Ketua Audit Negara.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
PAC akan panggil Johari Abdul Ghani dan LHDN - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan memanggil Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan LHDN dalam prosiding bermula November.
JKPTG kenal pasti tanah Persekutuan yang terbiar untuk dioptimumkan
KPTG sedang mengenal pasti tanah-tanah Persekutuan yang kosong atau terbiar untuk dioptimumkan bagi tujuan sewaan atau pajakan selaras dengan Hala Tuju Pengurusan Tanah Persekutuan 2021-2030.
Kerajaan Persekutuan salur geran berjumlah RM39.74 bil kepada 1MDB - Laporan Audit
Menurut laporan itu, Kerajaan Persekutuan perlu membuat pelunasan bayaran kupon IMTN sebanyak RM287.50 juta setahun.
Prestasi kewangan kerajaan Persekutuan lebih baik pada 2023, catat lebihan hasil dan penurunan defisit - Laporan Audit
Kewangan kerajaan Persekutuan catat peningkatan lebihan hasil sejumlah RM2.028 bilion dan penurunan defisit sejumlah RM8.595 bilion pada 2023.
[KOLUMNIS] Penipuan bidaan kontrak bukan rahsia lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan bahawa 20 peratus aduan yang diterima antara 2022 sehingga Julai 2024 adalah berkaitan dengan urusan perolehan awam dan swasta.
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
KKDW sedia bincang dengan PETRA berkaitan isu air di Sabah, Sarawak
Perbincangan itu dilihat sebagai usaha mencari jalan penyelesaian terbaik dan berkesan bagi memastikan rakyat menikmati bekalan air bersih.
LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled
Laporan Ketua Audit Negara berhubung proses pelaksanaan perolehan LCS yang dikatakan berada pada tahap rendah adalah merujuk kepada status pembinaan terdahulu.
'HRD Corp tak rugi batal pembelian Menara Ikhlas' - Laporan
Pengurusan HRD Corp memaklumkan bahawa firma guaman telah memulangkan deposit berjumlah RM120 juta bersama faedah sebanyak RM3.2 juta kepada pihaknya.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.