awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga anggota Imigresen disiasat kes rasuah lebih RM10 juta

Bernama
Bernama
15/04/2025
08:45 MYT
Tiga anggota Imigresen disiasat kes rasuah lebih RM10 juta
Kesemua mereka ditahan dalam operasi dilaksanakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang di Nilai, Negeri Sembilan, Johor Bahru, Johor dan Kuala Lumpur.
KUANTAN: Tiga anggota Jabatan Imigresen ditahan pada semalam bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah lebih RM10 juta membabitkan sindiket membawa masuk warga asing tanpa melalui pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2.
Kesemua mereka ditahan dalam operasi dilaksanakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang di Nilai, Negeri Sembilan, Johor Bahru, Johor dan Kuala Lumpur.
Tiga anggota berkenaan, termasuk seorang wanita yang berusia lingkungan 40-an, dipercayai terlibat membawa masuk warga asing tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa di pintu masuk negara bermula tahun 2021 hingga 2024.
Sindiket itu, dipercayai meraih wang rasuah jutaan ringgit yang turut diagihkan kepada anggota imigresen yang lain malah mereka didakwa menjadi 'tali barut' bagi melepaskan kumpulan warga asing yang tiba tanpa melalui prosedur ditetapkan menerusi modus operandi 'counter setting' di KLIA 1 dan 2.
Susulan tangkapan anggota imigresen terbabit, SPRM turut merampas sejumlah barang kemas, wang tunai dan sedang memeriksa beberapa akaun bank dipercayai ada kaitan dengan mereka.
Ketiga-tiga direman bermula hari ini hingga 21 April bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang Mohd Shukor Mahmud mengesahkan penahanan terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imigresen
#SPRM
#kes rasuah
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan