awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri pusat data dijangka guna 70 peratus memori global tahun ini – WSJ
Perjanjian ART Malaysia-AS belum dikuatkuasakan - PM Anwar
Malaysia berhati-hati sokong cadangan penubuhan Jawatankuasa Keamanan Gaza - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TIV sektor automotif dijangka meningkat 2 peratus kepada 690,000 pada 2023 - Kenanga Research

Bernama
Bernama
29/12/2022
05:52 MYT
TIV sektor automotif dijangka meningkat 2 peratus kepada 690,000 pada 2023 - Kenanga Research
Kenanga Research berkata, jualan kenderaan akan kekal kukuh pada 2023, disokong beberapa faktor termasuk pembukaan semula ekonomi dan bantuan kewangan kepada kumpulan berpendapatan rendah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif dijangka meningkat sebanyak dua peratus atau 690,000 unit pada 2023 daripada anggaran 680,000 unit pada 2022, didorong oleh penghantaran yang berterusan untuk tempahan tertunggak, menurut Kenanga Research.
Dalam nota penyelidikan hari ini, katanya unjurannya lebih optimis daripada unjuran sebanyak 636,000 unit oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
"Kami percaya kemungkinan MAA akan menaikkan jumlahnya. Jualan kenderaan pada 2023 akan didorong oleh penghantaran yang berterusan untuk tempahan tertunggak sebanyak 350,000 unit (sehingga akhir Oktober 2022), yang tidak berubah berbanding tiga bulan lepas, menunjukkan penghantaran telah diisi dengan tempahan baharu yang kukuh terutamanya untuk model baharu yang menarik walaupun tanpa pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
"Selain itu, jualan kenderaan akan disokong oleh pelancaran kenderaan elektrik bateri baharu yang akan menikmati pengecualian SST dan insentif kemudahan kenderaan elektrik yang lain sehingga 2023 untuk model diimport sepenuhnya (CBU) dan 2025 untuk model pemasangan tempatan (CKD)," katanya.
Kenanga Research berkata jualan kenderaan akan kekal kukuh pada 2023 disokong oleh pembukaan semula ekonomi; bantuan kewangan kepada kumpulan berpendapatan rendah dan subsidi untuk bahan api, elektrik dan barangan makanan terpilih untuk mengawal kos sara hidup; pasaran kerja yang agak stabil dan lembaran imbangan isi rumah yang baik untuk kumpulan M40.
Menurut firma penyelidikan itu, ia tidak terjejas oleh impak daripada kenaikan kadar faedah ke atas jualan kenderaan.
"Mengandaikan Bank Negara Malaysia menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) lagi kepada 3.00 peratus pada Januari 2023, menjadikan jumlah kenaikan OPR pada 2022 dan 2023 kepada sejumlah 125 bps (daripada 1.75 peratus kepada 3.00 peratus).
"Ini hanya akan menaikkan ansuran bulanan, katakan Perodua Myvi AV berharga RM60,000 (90 peratus margin pembiayaan, tempoh lima tahun), kira-kira enam peratus daripada RM978 kepada RM1,035," katanya.
Kenanga Research berkata kadar faedah sebenar yang dikenakan adalah berbeza berdasarkan terma, pembiaya, model kereta dan skor kredit individu serta model popular yang baharu berkemungkinan besar akan dikenakan julat kadar faedah yang lebih rendah.
Mengenai pilihan utama sektornya, ia memilih MBM Resources Bhd dan Bermaz Auto Bhd.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jualan kenderaan
#kenaikan kadar faedah
#sektor automotif
#Persatuan Automotif Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan