BAGHDAD: Sekurang‑kurangnya empat orang dilaporkan terbunuh dalam satu serangan udara yang menyasarkan sebuah rumah di daerah Jadiriya, Baghdad, menurut sumber keselamatan yang dipetik oleh Al Jazeera Arabic.
Sumber itu berkata beberapa individu lain turut cedera dalam serangan tersebut, yang berlaku ketika serangan udara dan dron semakin meningkat di Iraq berikutan perang AS‑Israel dengan Iran.
Advertisement
Maklumat terperinci mengenai pihak yang bertanggungjawab dan sasaran sebenar serangan masih belum didedahkan, dan pihak berkuasa Iraq setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi.
Serangan di Baghdad semakin kerap sejak konflik serantau memuncak, dengan beberapa kawasan kediaman serta lokasi diplomatik dilaporkan terjejas dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.