awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNB duduki tempat keenam dalam senarai jenama terbaik negara

Bernama
Bernama
17/12/2017
05:40 MYT
TNB duduki tempat keenam dalam senarai jenama terbaik negara
Sebelum ini, TNB melonjak 15 anak tangga dengan menduduki tempat ke-24 dalam senarai 50 jenama utiliti terkemuka global Brand Finance 2017, pada Mac lepas. - Gambar fail
Tenaga Nasional Bhd (TNB) menduduki tempat keenam dalam senarai jenama terbaik di negara ini berdasarkan Malaysia Top 100 Brands 2017 yang dikeluarkan oleh Brand Finance Asia Pacific baru-baru ini.
"Ini bermakna dua tahun berturut-turut TNB memperbaiki kedudukan dari tempat kelapan pada 2015, kepada ketujuh tahun lalu, dan sebagai jenama Malaysia keenam paling bernilai pada 2017.
“Kali ini, dengan rating AA, TNB memperolehi nilai penjenamaan sebanyak AS$1.583 bilion berbanding AS$1.187 bilion tahun lalu,” kata syarikat pembekal tenaga itu dalam satu kenyataan hari ini.
Brand Finance Asia Pacific, dalam laporannya, menggariskan kriteria pemilihan yang antara lain ialah input audit jenama, tingkah laku pemegang berkepentingan dan prestasi syarikat.
Sebelum ini, TNB melonjak 15 anak tangga dengan menduduki tempat ke-24 dalam senarai 50 jenama utiliti terkemuka global Brand Finance 2017, pada Mac lepas.
Ia berikutan peningkatan ketara sebanyak 33 peratus dalam nilai jenama syarikat utiliti nasional itu kepada AS$1.583 bilion (RM7.01 bilion) berbanding AS$1.187 bilion (RM5.25 bilion) pada 2016.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#2015
#2016
#anak
#Asia
#Malaysia
#nilai
#pemilihan
#TNB
#United States
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan