KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) dinobatkan sebagai organisasi/institusi korporat paling dipercayai di Malaysia pada 2023 berdasarkan kajian terbaru oleh satu daripada firma penyelidikan pasaran terbesar dunia, Ipsos Sdn Bhd (Ipsos).
Menurut kenyataan TNB pada Ahad, hasil kajian terbaru itu mendapati pihaknya menduduki tangga teratas sebagai entiti yang paling dipercayai di Malaysia mengatasi lebih 100 jenama dalam kaji selidik sepanjang tujuh bulan mulai April 2023.
TNB juga diiktiraf sebagai jenama yang paling dipercayai dalam industri utiliti, mempamerkan kejayaan dalam membina hubungan yang teguh dengan rakyat Malaysia, jelasnya.
Menerusi siaran akhbar pada 23 Jan, 2024 bertajuk Ipsos Trust Track 2023: The Most Trusted Corporations and Institutions in Malaysia, Ipsos Malaysia mengumumkan lima syarikat teratas dengan TNB di tempat pertama, diikuti Keretapi Tanah Melayu Bhd dan seterusnya Shell, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Petron di tempat kelima.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Baharin Din bersyukur atas pengiktirafan yang besar dan sangat bermakna terhadap perkhidmatan syarikat itu yang giat meneraju peralihan tenaga menuju pelepasan sifar bersih 2050.
"Kepercayaan dan keyakinan ini tidak boleh dibeli. Ia datang daripada keyakinan masyarakat dan pendirian mereka terhadap amalan dan budaya kerja TNB. Pemegang taruh lazimnya selesa berurusan dengan organisasi yang dipercayai dan diyakini.
"Ini satu pengikirafan besar maknanya dan semoga kepercayaan ini akan menterjemahkan cabaran-cabaran kepada peluang niaga baharu kepada TNB, untuk kita mengungguli penyelesaian tenaga mampan kepada pelanggan serta rakyat," katanya dalam kenyataan yang sama.
Ipsos dalam kenyataannya menyatakan bahawa kepercayaan yang teguh itu mencerminkan keupayaan organisasi untuk mengekalkan hubungan yang kukuh dengan pelanggan mereka, walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
Kaji selidik itu meliputi lebih 100 syarikat dan institusi di Malaysia dengan menemu bual lebih 7,000 responden yang memberi maklum balas bahawa kebanyakan syarikat berupaya mengekalkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan dalam bidang industri masing-masing.
TNB pernah tersenarai sebagai antara lima syarikat paling dipercayai menerusi penyertaan sulungnya dalam kaji selidik Ipsos pada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024
TNB juga diiktiraf sebagai jenama yang paling dipercayai dalam industri utiliti, mempamerkan kejayaan dalam membina hubungan yang teguh dengan rakyat Malaysia. - Gambar fail
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
TNB entiti korporat paling dipercayai dan diyakini di Malaysia
TNB dinobatkan sebagai organisasi/institusi korporat paling dipercayai di Malaysia pada 2023 berdasarkan kajian terbaharu Ipsos.
TNB sedia bekerjasama dengan k'jaan, pelabur, pemegang taruh percepat Peralihan Tenaga
Kerjasama strategik adalah kunci untuk mencapai matlamat Peralihan Tenaga (ET) Malaysia.
Inisiatif TNB di UK akan percepatkan peralihan tenaga bertanggungjawab Malaysia
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata penting bagi Malaysia untuk berjaya mengemudi peralihan tenaga ini, selain mengimbangi isu-isu seperti keterjaminan tenaga, ekuiti tenaga dan kelestarian alam sekitar.
Banjir di Johor: 48 pencawang elektrik TNB ditutup
Sebanyak 48 pencawang elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) terpaksa ditutup atas faktor keselamatan berikutan banjir yang kini menjejaskan kesemua 10 daerah di negeri ini.
TNB jual 100 peratus kepentingan dalam TNB Power Daharki Ltd
Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjual 100 peratus pegangan dalam anak syarikat milik penuhnya, TNB Power Daharki Ltd (TPD) kepada AsiaPak Investments Limited (AsiaPak).
Kewangan TNB perlu kukuh, bantu usaha kerajaan pulih ekonomi, kata Pengerusi
TNB akan menyeimbangkan kepentingan industri dan peranannya sebagai syarikat tersenarai yang memberikan pulangan setimpal kepada rakyat menerusi institusi pelaburan berkaitan kerajaan.
Keuntungan bersih TNB naik kepada RM821.5 juta, umum dividen 22 sen sesaham
TNB catat keuntungan bersih lebih tinggi yang meningkat 25.7 peratus kepada RM821.5 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2021.
Operasi Kedai Tenaga, bacaan meter seperti biasa
Operasi Kedai Tenaga dan bacaan meter elektrik oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) diteruskan seperti biasa, sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat.
Kaedah prorata pastikan pengguna tidak dikenakan caj berlebihan - TNB
Kaedah prorata itu telah disemak dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga supaya pengguna mendapat bil yang tepat.
47 Kedai Tenaga di zon hijau, kuning beroperasi Isnin
Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan membuka semula operasi Kedai Tenaga di 47 lokasi kategori zon hijau dan kuning COVID-19 mulai Isnin.