KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Petronas telah memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) dalam usaha mengukuhkan kerjasama untuk memacu penyelesaian inovatif ke arah penyahkarbonan bagi menyokong aspirasi Malaysia sebagai negara neutral karbon menjelang 2050.
Dalam satu kenyataan bersama semalam, kedua-dua syarikat berkata ini dapat dicapai menerusi kajian kolaboratif bagi pembangunan ekosistem hidrogen hijau dan teknologi memerangkap dan penyimpanan karbon (CCS) yang memanfaatkan kepakaran teknikal serta sumber organisasi TNB dan Petronas.
MoU itu telah ditandatangani oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Baharin Din dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.
Majlis itu telah dipengerusikan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Di bawah MoU terbabit, kedua-dua pihak akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan mengenai penggunaan penyelesaian CCS di loji penjanaan tenaga TNB.
Aspek lain termasuk meninjau pembangunan bahan api hidrogen hijau bagi penjanaan tenaga selain memperhebat usaha untuk sama-sama mewujudkan ekosistem hidrogen dalam menyalurkan penyelesaian tenaga lebih bersih di Malaysia serta pasaran antarabangsa.
Inisiatif tersebut akan dimulakan menerusi usaha penjanaan semula Stesen Janaelektrik Sultan Ismail milik TNB di Paka, Terengganu yang menggunakan gabungan turbin gas kitaran berkecekapan tinggi dengan teknologi hidrogen menjelang 2029 ke arah pengeluaran tenaga lebih bersih.
"Menerusi usaha memanfaatkan kekuatan TNB dan Petronas, stesen janaelektrik Paka itu akan berperanan sebagai projek perintis unik dalam melaksanakan teknologi hijau yang berkemungkinan dapat dilaksanakan di loji-loji tenaga di masa depan.
"Malah, TNB dan Petronas juga mempunyai pelaburan yang besar di Terengganu.
"Tindakan penjanaan semula stesen TNB di Paka dan aspirasi Petronas bagi menyahkarbon asetnya di negeri itu akan menyaksikan peralihan kepada pembangunan teknologi hijau yang dapat memastikan pertumbuhan ekonomi mampan untuk Terengganu," kata kedua-dua syarikat itu.
Sementara itu, Takiyuddin menyifatkan kerjasama terbabit dapat melonjakkan lagi usaha kerajaan dalam aspirasi untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.
"Masa bagi memulakan usaha ini juga amat bertepatan kerana kerajaan dijadual melancarkan Dasar Tenaga Negara 2021-2040 tidak lama lagi yang akan menggariskan peralihan Malaysia kepada tenaga hijau.
"Kerajaan juga yakin kerjasama kedua-dua syarikat tenaga ini akan turut mempercepat pengurangan pelepasan karbon di peringkat masing-masing ketika melaksanakan usaha-usaha penyahkarbonan," katanya.
TNB dan Petronas telah memberi komitmen ke arah Pelepasan Karbon Sifar Bersih (NZCE) 2050.
Sehubungan itu, MoU tersebut dilihat mampu menyuntik aspek ketangkasan di sepanjang rantaian nilai bagi pelaksanaan serta pengembangan perniagaan yang memberi sumbangan positif untuk masyarakat serta alam sekitar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 20 2022
Di bawah MoU terbabit, kedua-dua pihak akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan penggunaan penyelesaian CCS di loji penjanaan tenaga TNB.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Hujan lebat berterusan, air pasang besar punca Kelantan, Terengganu banjir teruk - Fadillah
Banjir besar yang berlaku di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu ketika ini berpunca daripada hujan lebat luar biasa yang berterusan.
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di beberapa lokasi di Alor Setar, Sik
TNB menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang awam susulan keadaan banjir yang semakin serius.
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Marang, Kuala Terengganu
TNB Careline menerusi hantaran di Facebook berkata kawasan yang terputus bekalan elektrik susulan penutupan itu adalah di Kem Panji Alam, Marang, Wisma TG Ramly dan Tepoh di Kuala Terengganu.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Dakwaan Empangan Pergau lepaskan air tidak benar - TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan dakwaan Empangan Pergau, Kelantan akan melepaskan air seperti yang tular di media sosial.