KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyokong penuh pendirian kerajaan dalam menerajui agenda perubahan iklim dan teknologi hijau negara yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.
Pengerusi TNB Datuk Seri Hasan Arifin dalam kenyataan berkata, TNB telah mengambil tindakan proaktif dengan mengumumkan hala tuju kelestariannya dalam usaha meminimumkan kesan peningkatan pelepasan gas rumah kaca (GHG) ekoran aktiviti manusia.
"Di bawah hala tuju ini, kami (TNB) telah menetapkan aspirasi mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam Perdana Menteri mengumumkan matlamat Malaysia untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG merentasi ekonomi sebanyak 45 peratus berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2030 iaitu 10 peratus lebih tinggi daripada sasaran sebelum ini dan pengurangan intensiti itu dibuat tanpa syarat.
Menurut Perdana Menteri, perkara itu akan menjadi pendirian Malaysia yang bakal dibentangkan semasa Persidangan Ke-26 Negara Ahli kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow, Scotland dari 31 Oktober hingga 12 November.
Mengulas mengenai matlamat TNB untuk mencapai pelepasan sifar bersih, Hasan berkata aspirasi itu dipacu komitmen mengurangkan intensiti pelepasan sebanyak 35 peratus serta pengurangan 50 peratus kapasiti penjanaan tenaga menerusi arang batu menjelang 2035.
Beliau berkata ia adalah pelan strategik rendah karbon untuk menyumbang kepada kehidupan yang lebih sejahtera sejajar komitmen masyarakat dunia melindungi bumi dengan memastikan semua orang menikmati kesejahteraan.
Sementara itu Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Ir Baharin Din berkata TNB komited memastikan pendapatan daripada loji arang batu tidak melebihi 25 peratus daripada keseluruhan pendapatannya dan antara langkah diambil ialah meningkatkan peruntukan dalam penyelidikan dan pembangunan berkaitan tenaga boleh baharu (RE).
"Pada awal tahun ini pula, kami telah menyatakan komitmen untuk tidak lagi melabur dalam pembinaan loji arang batu di atas tapak baharu selepas Stesen Janakuasa Jimah East Power, di Port Dickson, yang mula beroperasi pada 2019.
"Kami akan bekerja bersama-sama dengan pihak kerajaan dan semua pihak yang berkaitan sebagai satu usaha tindakan bersama seluruh negara ke arah mencapai aspirasi pelepasan sifar bersih ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021
TNB telah mengambil tindakan proaktif dengan mengumumkan hala tuju kelestariannya dalam usaha meminimumkan kesan peningkatan pelepasan gas rumah kaca (GHG).
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Jambatan kabel TNB di Bayan Lepas runtuh akibat tidak dapat tampung berat
Jambatan kabel (cable bridge) Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Projek 275kV, Bayan Lepas runtuh akibat struktur binaan yang tidak dapat menampung berat kabel 275kV.
250 jenis pekerjaan bakal wujud pascaprojek empangan Nenggiri
Sebanyak 250 peluang pekerjaan akan dibuka kepada warga tempatan dan juga masyarakat Orang Asli setelah selesainya pembinaan empangan Hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.
ISES 2024: Bukti Malaysia serius laksana peralihan tenaga, capai sasaran sifar karbon 2050
Peralihan tenaga boleh baharu memerlukan tindakan segera susulan kesan sosio ekonomi akibat perubahan iklim yang semakin ketara.
Substesen TNB di Kepong terbakar
Sebuah substesen Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terletak di Jalan Burung Hantu, Kepong, terbakar petang tadi.
Polis tumpaskan sindiket pelaburan dan judi antarabangsa dalam talian
Polis berjaya menumpaskan sindiket pelaburan dan judi antarabangsa dalam talian dengan penahanan lima lelaki termasuk seorang warga asing melalui beberapa serbuan di sekitar Pulau Pinang semalam.
Kabel elektrik pencawang TNB terbakar
Sebuah kabel elektrik di pencawang TNB di Jalan Sabit, Kampung Dato Keramat, meletup dan terbakar selepas dipercayai terkena air.
TNB catat pendapatan lebih rendah bagi tahun kewangan 2022 dengan kos kewangan, cukai lebih tinggi
Untung bersih TNB pada tahun kewangan 2022 susut 5.4 peratus kepada RM3.46 bilion daripada RM3.66 bilion pada tahun sebelumnya.
Polis Perak tumpas kes kecurian elektrik terbesar tahun ini
Polis Perak berjaya menumpaskan kes kecurian elektrik terbesar di negeri itu tahun ini yang melibatkan kerugian kira-kira RM1.3 juta.
Kronologi gangguan bekalan elektrik di Malaysia
Kronologi insiden gangguan bekalan elektrik utama yang pernah berlaku dalam negara sejak 1992.
Gangguan bekalan elektrik: Libatkan 2.2GW, 10 peratus keseluruhan bekalan - TNB
Menerusi kenyataan di media sosial, TNB berkata gangguan elektrik yang bermula jam 12.39 tengah hari tadi melibatkan 2.2 gigawatt (GW).