awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TnG Group bekerjasama dengan MoF, MDEC percepat e-dagang, berbelanja dalam talian

Bernama
Bernama
03/07/2021
01:13 MYT
TnG Group bekerjasama dengan MoF, MDEC percepat e-dagang, berbelanja dalam talian
Menerusi kempen onboarding, setiap perusahaan mikro, perniagaan kecil dan sederhana atau individu yang berjaya mendaftar dengan TnG eWallet akan dapat subsidi RM20 untuk jualan pertama.
KUALA LUMPUR: Touch 'n Go Group (TnG) pada Jumaat mengumumkan kerjasamanya dengan Kementerian Kewangan (MoF) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk memacu inisiatif Belanjawan 2021 menerusi kempen Go-eCommerce Onboarding dan Shop Malaysia Online (SMO).
Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata kempen SMO akan berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Disember, bagi menyokong perniagaan tempatan dan menggalakkan pembelian dalam talian.
Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd Ignatius Ong berkata menerusi kempen onboarding, setiap perusahaan mikro, perniagaan kecil dan sederhana atau individu rakyat Malaysia (tanpa pendaftaran perniagaan) yang berjaya mendaftar dengan TnG eWallet semasa tempoh kempen itu akan mendapat subsidi bernilai RM20 untuk penjualan pertama yang berjaya diniagakan.
Ia terhad kepada 80,000 pedagang baharu pertama TnG eWallet yang diluluskan dalam tempoh kempen tersebut.
Sementara itu, katanya, kempen SMO yang disertai TnG eWallet buat kali kedua, akan membantu menggerakkan insentif kerajaan untuk menarik pengguna baharu dan yang sedia ada untuk berbelanja secara digital.
"Dalam tempoh yang sukar ketika ini dan menerusi kempen pengguna seumpama itu, jumlah pengguna kami yang meningkat memberi peluang kepada peniaga kecil untuk bertahan, jika tidak berkembang sekalipun, terutamanya ketika pengguna cenderung ke arah trend membeli-belah dalam talian dan transaksi tanpa sentuhan," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dalam talian
#Belanjawan 2021
#peniaga
#Kementerian Kewangan
#rakyat Malaysia
#subsidi
#ekonomi
#tng
#Touch 'n Go
#MDEC
#SMO
#digital
#pembelian dalam talian
#Ignatius Ong
#ewallet
#E-dagang
#belanja
#onboarding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan