KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd dijangka akan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong Ltd (HKEX) pada Mei atau Jun tahun ini, tempoh yang tepat bergantung kepada faktor seperti proses penilaian HKEX, kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan dan situasi pasaran.
Pada 26 Feb, 2021, Top Glove mengumumkan pelannya untuk melaksanakan langkah penyenaraian utama dua di papan utama HKEX untuk meraih sehingga RM7.7 bilion; dan RM4.61 bilion akan digunakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya dan pembangunan sistem pembuatan yang dipacu data.
Menyifatkan pelan penyenaraian itu sebagai tepat pada masanya, Pengarah Eksekutif Lim Cheong Guan menolak kebimbangan mengenai pencairan pendapatan dan dividen saham sedia ada untuk pemegang saham pengeluar sarung tangan tersebut.
"Kumpulan telah menyaksikan keuntungan yang kukuh sejak beberapa suku tahun yang lepas, serta pencairan pendapatan sesaham (EPS) dan dividen sesaham (DPS) akan dapat dikurangkan melalui keuntungan yang kukuh dan pembayaran dividen yang dicadangkan pada suku kedua hingga suku keempat bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2021," katanya.
Lim berkata demikian pada taklimat mengenai keputusan suku kedua tahun kewangan berakhir 28 Feb, 2021 syarikat secara maya pada Selasa.
Dalam makluman bursa hari ini, Top Glove berkata keuntungan bersihnya meningkat lebih 24 kali ganda kepada RM2.87 bilion pada suku kedua 2021 daripada RM115.68 juta pada suku kedua 2020, manakala perolehan melonjak 336 peratus kepada RM5.37 bilion daripada RM1.23 bilion sebelum ini.
Bagi tempoh enam bulan berakhir 28 Feb, 2021, keuntungan bersihnya mencecah RM5.23 bilion, kira-kira 22 kali ganda daripada RM227.11 bilion pada tahun lepas, manakala perolehannya dalam tempoh tersebut naik kepada RM10.12 bilion daripada RM2.44 bilion sebelum ini.
Menurut Lim, HKEX adalah pasaran yang besar dan aktif, iaitu permodalan pasarannya 15 kali lebih besar daripada Bursa Malaysia dan 10 kali lebih besar daripada Singapore Exchange Ltd (SGX).
"Kesan pencairan adalah sama ada pengumpulan dana dilaksanakan di Bursa, SGX atau HKEX.
"Bagaimanapun, cadangan penyenaraian tambahan di HKEX turut bertujuan meningkatkan profil Top Glove di China, yang sejajar dengan strategi keseluruhan kami untuk meneroka pengembangan perniagaan dan peluang strategik di China atau Asia Utara," katanya.
Beliau berkata penyenaraian HKEX turut menyasarkan untuk menarik kumpulan pelabur baharu dari Asia Utara, yang tidak melabur di Bursa Malaysia atau SGX.
Ditanya alasan Top Glove merancang untuk meraih tunai melalui terbitan sehingga 1.5 bilion saham baharu di HKEX apabila syarikat mempunyai tunai yang banyak, Lim berkata situasi semasa adalah tepat untuk syarikat mengumpulkan dana melalui ekuiti berikutan penilaian harga saham syarikat berada pada nilai yang baik.
"Tunai sedia ada daripada pendapatan yang kukuh dari beberapa suku tahun yang lepas akan digunakan untuk memberi ganjaran kepada pemegang saham sedia ada melalui dividen, berikutan kami berhasrat untuk meningkatkan pembayaran dividen kami kepada 70 peratus pada suku kedua 2021 hingga suku keempat 2021 dengan dividen khas, seperti yang diumumkan sebelum ini," katanya.
Ditanya sama ada Top Glove akan terus memulakan pembayaran dividen khas selepas suku keempat 2021, Pengerusi Eksekutif Tan Sri Dr Lim Wee Chai berkata ia bergantung kepada keadaan pasaran pada masa depan.
Mengenai pembelian balik saham syarikat, Lim Cheong Guan berkata langkah itu dilakukan untuk memaksimumkan pulangan dan nilai pemegang saham.
"Kami telah menjalankan pembelian balik saham pada masa kami menganggap penilaian kami rendah berdasarkan pendapatan yang kukuh, selain hasil dividen yang tinggi berbanding faedah dalam simpanan tetap atau penempatan pasaran wang," katanya.
Mengenai perkembangan larangan import oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat, Pengarah Urusan Datuk Lee Kim Meow berkata syarikat telah mengemukakan pelan tindakan pembetulannya untuk semakan dan kelulusan CBP.
"Berdasarkan pengesahan yang dijalankan oleh perunding bebas mengenai kemajuan kami dalam melaksanakan pelan tindakan pembetulan, pendapat perunding bebas sehingga Januari 2021 adalah bahawa, tiada buruh paksa sistematik dalam kumpulan," katanya.
Dalam negara, Lee berkata sehingga Februari 2021, Top Glove telah mematuhi syarat jarak, bilik mandi dan kemudahan lain daripada Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
Mengenai masa depan, Lim Cheong Guan berkata kumpulan dijangka menyaksikan prestasi yang lebih kukuh pada separuh kedua 2021, disokong oleh tambahan kapasiti baharu daripada pengembangan yang berterusan, penggunaan kilang yang lebih tinggi, permintaan kukuh, purata harga jualan lebih tinggi dan kos bahan mentah yang rendah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 09 2021
Top Glove Corporation Bhd dijangka akan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong Ltd (HKEX) pada Mei atau Jun tahun ini. - Foto Fail/BERNAMA
Program Madani Rakyat: Pemuda gigih hasilkan mural 'perpaduan' dalam tempoh tiga hari
Lukisan mural hasil tangan seorang artis grafiti Abdul Qoyyum Mohd disiapkan dalam tempoh tiga hari bermula Jumaat.
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
Operasi LRA Sungai Linggi dihentikan, air berbau minyak
Operasi di Loji Rawatan Air Sungai Linggi Port Dickson terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat masalah kualiti air mentah susulan terdapat bau minyak yang tinggi.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
32 lagi rakyat Palestin terbunuh
Sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terbunuh, manakala 41 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung.
Sahabat sungai guna puisi tingkat kesedaran mengenai kebersihan sungai
Sahabat Sungai Malaysia menggunakan medium puisi untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan sungai.
Inovasi Lemang Cikgu siap dalam tempoh sejam setengah
Pengusaha Lemang Cikgu, perkenal inovasi memasak dengan menggunakan peralatan, yang membolehkan lemang siap dalam tempoh sejam setengan sahaja.
Penunjuk perasaan dihentikan basikal polis Michigan
Penunjuk perasaan di luar Muzium Seni Universiti Michigan ditolak anggota polis menggunakan basikal mereka pada Jumaat malam.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Kerugian teras Top Glove diunjur susut kepada RM83 juta pada 4QFY23 - RHB Investment
Pelanggan kumpulan itu akan kehabisan inventori menjelang separuh kedua 2024 dan ia akan mendorong kepada pesanan yang lebih konsisten.
Sektor sarung tangan diunjur terus catat kerugian kesan saingan sengit pasaran
Ketiga-tiga pembuat sarung tangan di bawah liputan mereka telah melaksanakan langkah rasionalisasi kapasiti seperti penutupan kilang dalam usaha untuk mengurangkan bekalan pasaran.
Bursa Malaysia terus ditutup rendah susulan jualan berterusan
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.66 mata atau 0.32 peratus kepada 1,424.89 daripada 1,429.55 ketika ditutup semalam.
Top Glove jangka harga jualan purata sarung tangan terus susut
Lim menyatakan bahawa penurunan dalam ASP sarung tangan semakin perlahan, menunjukkan bahawa aliran menurun tidak akan berterusan selama-lamanya.
Top Glove catat kerugian bersih RM168.24 juta pada suku pertama
Hasil Top Glove juga merosot kepada RM632.53 juta daripada RM1.61 bilion sebelumnya.
Penurunan harga saham punca Top Glove, Hartalega terkeluar daripada komponen utama FBM KLCI
Isu lebihan bekalan dalam industri sarung tangan getah telah mempengaruhi harga saham kedua-dua syarikat berkenaan.
Top Glove, Hartalega kemungkinan 'hilang' kedudukan utama dalam KLCI
Sektor sarung tangan getah dijangka terus berdepan tekanan ASP, yang diburukkan lagi dengan kos operasi lebih tinggi.
Pendapatan suku ketiga Top Glove susut susulan normalisasi permintaan, purata harga jualan
Keuntungan bersih Top Glove Corp Bhd susut kepada RM15.29 juta pada suku ketiga berakhir 31 Mei, 2022 berbanding RM2.04 bilion pada tahun sebelumnya.
Perang Rusia-Ukraine beri kesan minimum ke atas jualan Top Glove
Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Lim Wee Chai berkata secara dasarnya, langkah mitigasi yang perlu telah dilaksanakan pihaknya.