awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Toyota kurangkan pengeluaran 100,000 kenderaan bermula Jun

Astro Awani
Astro Awani
24/05/2022
04:39 MYT
Toyota kurangkan pengeluaran 100,000 kenderaan bermula Jun
Toyota Motor Corp mengambil keputusan mengurangkan pengeluaran sekitar 100,000 kenderaan pada Jun ini susulan kekurangan bekalan semikonduktor. - Foto global.toyota
KUALA LUMPUR: Toyota Motor Corp mengambil keputusan mengurangkan pengeluaran sekitar 100,000 kenderaan pada Jun ini susulan kekurangan bekalan semikonduktor.
Ini menjadikan pengeluaran kenderaan syarikat automotif global itu hanya sekitar 850,000 pada bulan hadapan.
Bagaimanapun, syarikat tersebut akan mengekalkan anggaran pengeluaran seluruh dunia sebanyak 9.7 juta kenderaan menjelang Mac 2023.
Menerusi satu kenyataan pada Selasa, syarikat itu juga mengumumkan sekatan tambahan terhadap kilang domestik disebabkan kekurangan bekalan seiring sekatan COVID-19 di Shanghai, China.
Sekatan tambahan tersebut akan dilaksanakan lima hari secara berkala bermula Rabu hingga 3 Jun depan.
Ia bakal memberi impak kepada 16 seluran pengeluaran di 10 kilangnya sepanjang Mei dan Jun.
Dalam masa sama, Toyata turut merancang untuk menghasilkan 850,000 kenderaan secara purata di peringkat global pada setiap bulan bermula Jun sehingga Ogos.
Kekurangan cip dan penularan COVID-19 selain faktor-faktor lain telah menyebabkan kesukaran kepada syarikat automotif itu membuat unjuran pengeluaran.
Topic Berkaitan
#Toyota
#pengeluaran kenderaan
#sekatan kilang Toyota
#kekurangan semi konduktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan