awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPPA bolehkan lebih banyak perbincangan perdagangan antara Eropah dan Asean

Bernama
Bernama
19/11/2015
02:46 MYT
TPPA bolehkan lebih banyak perbincangan perdagangan antara Eropah dan Asean
Laporan itu mengetengahkan ASEAN berserta janji semakan semula perhubungan susulan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN bagi melihat kemungkinan perjanjian perdagangan rantau ke rantau. - Gambar Ber
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan membuka lebih banyak rundingan perdagangan antara Eropah dan negara anggota ASEAN kerana perjanjian itu menjadikan negara berkenaan lebih berdaya saing dari segi perdagangan dan pelaburan.
"Setakat ini rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Singapura dan Vietnam telah diselesaikan. Kedua-dua perjanjian adalah sangat komprehensif.
"Rundingan dengan Filipina dijangka bermula tahun depan dan kami berharap rundingan dengan Malaysia akan dimulakan kembali secepat mungkin memandangkan TPPA sudah dimuktamadkan," kata Pengarah Eksekutif Majlis Perniagaan Kesatuan Eropah (EU)-ASEAN, Chris Humphrey kepada Bernama.
Malaysia dan 11 negara lain iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam memuktamadkan rundingan TPPA pada 5 Okt lalu.
TPPA merangkumi bidang-bidang tradisional seperti akses pasaran, halangan teknikal kepada perdagangan, langkah-langkah sanitasi dan fitosanitasi, peraturan negara asal, kerjasama kastam, pelaburan, perkhidmatan serta isu-isu perundangan dan institusi; serta bidang-bidang baharu termasuk perolehan kerajaan, persaingan, ekonomi digital, tenaga kerja dan alam sekitar.
Humphrey berkata majlis itu memberi galakan penuh kepada EU untuk meningkatkan perbincangan dengan 10 negara anggota ASEAN berhubung perdagangan dan pelaburan.
"Kami penyokong kuat rundingan semula FTA dengan Malaysia," katanya.
Humphrey juga berkata baru-baru ini badan eksekutif EU, Suruhanjaya Eropah menerbitkan panduan dasar perdagangan 'Trade for All' (Perdagangan untuk Semua) yang menetapkan keutamaan bagi sebarang perjanjian perdagangan pada masa depan.
Laporan itu mengetengahkan ASEAN berserta janji semakan semula perhubungan susulan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN bagi melihat kemungkinan perjanjian perdagangan rantau ke rantau.
Mengulas TPPA, Humphrey berkata perjanjian itu tidak akan membawa kesan negatif kepada perdagangan EU-ASEAN memandangkan perhubungan perdagangan tersebut berkembang secara mantap selama ini.
Secara purata, perdagangan barangan dan perkhidmatan antara EU-ASEAN berkembang sembilan peratus sejak 10 tahun lepas dan tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan perdagangan akan memperlahan, katanya.
Mengenai pelaburan, beliau berkata ASEAN adalah rantau yang kukuh dan merupakan sumber terbesar pelaburan langsung asing ke EU setakat ini dan hampir 10 kali ganda lebih banyak berbanding Amerika Syarikat pada 2014.
"TPPA berpontensi menjadi pengubah permainan bagi ASEAN. Ia sememangnya satu perjanjian yang lebih baik berbanding perjanjian perdagangan biasa," katanya.
Humphrey berkata empat negara ASEAN memilih untuk menyertai perjanjian itu dan yang lain pula mempertimbangkannya secara serius.
"Ini sepatutnya dapat membantu memacu rantau ini ke depan dari segi pembangunan ekonomi dan juga integrasi serantau," katanya.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#EU-ASEAN
#Najib Razak
#Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik
#TPPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan