awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
Wanita warga emas, anak maut dalam kebakaran di PPR Dato Senu
NVIDIA sedia hantar 82,000 unit GPU H200 ke China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Transformasi mampu rangsang ekonomi 111,462 peserta Felcra

Bernama
Bernama
23/06/2020
20:21 MYT
Transformasi mampu rangsang ekonomi 111,462 peserta Felcra
Felcra perlu memikirkan kaedah untuk mengatasi cabaran norma baharu untuk merangsang ekonomi syarikat.
Felcra Bhd bersedia melaksanakan pelan transformasi untuk menangani impak pandemik COVID-19 dan ketidakstabilan harga komoditi supaya dapat terus memacu ekonomi syarikat dan meningkatkan pendapatan 111,462 pesertanya di luar bandar.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dalam lawatan kerjanya ke ibu pejabat Felcra di sini pada Selasa, berkata beliau yakin peningkatan perkhidmatan yang cekap dan dinamik, sesuai untuk entiti yang unik seperti Felcra sebagai pusat keusahawanan sosial, mampu memperjuangkan tanggungjawab sosial membabitkan lebih setengah juta ahli keluarga peserta Felcra.
"Tidak dinafikan penambahbaikan yang diambil oleh pengurusan Felcra untuk menjamin kelestarian syarikat dan pesertanya, tetapi masih ada ruang yang boleh diperkasakan lagi untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pemegang taruh," katanya dalam kenyataan.
Katanya Felcra perlu memikirkan kaedah untuk mengatasi cabaran norma baharu untuk merangsang ekonomi syarikat seterusnya membantu memberi pulangan yang lebih baik kepada peserta.
"Felcra perlu mengorak langkah pantas mengolah model perniagaan yang berdaya saing, mempunyai permintaan tinggi dan berpotensi untuk menjana hasil pendapatan serta pulangan tinggi kepada peserta.
"Pelanggan kita adalah ratusan ribu peserta dari luar bandar di seluruh negara, Felcra sebagai penggerak dan pelaksana bertanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abd Latiff Ahmad
#COVID-19
#ekonomi
#felcra bhd
#Menteri Pembangunan Luar Bandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan