awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga emas, anak maut dalam kebakaran di PPR Dato Senu

Bernama
Bernama
26/12/2025
03:50 MYT
Wanita warga emas, anak maut dalam kebakaran di PPR Dato Senu
Dua beranak maut dalam kebakaran di sebuah pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dato Senu, Sentul, Kuala Lumpur, hari ini.
KUALA LUMPUR: Dua beranak maut dalam kebakaran di sebuah pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dato Senu, Sentul, di sini, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu pada 7.18 pagi tadi.
"Mangsa, iaitu seorang lelaki berusia 58 tahun dan ibunya berumur 82 tahun ditemukan di dalam tandas dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM)," menurut kenyataan itu.
Kebakaran mengakibatkan kemusnahan 40 peratus pada unit kediaman terbabit.
Operasi memadam dan mengawal kebakaran dijalankan menggunakan enam aliran hos daripada pam jentera Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Gombak Selatan.
Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 8.27 pagi dan punca kejadian masih disiasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#warga emas maut
#PPR Dato Senu
#pangsapuri PPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan