awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gambar dimuat naik ke X kini boleh disunting, dijana semula guna AI
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
NVIDIA dilapor uji kemampuan faundri Intel 18A untuk cip AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker

Bernama
Bernama
26/12/2025
04:00 MYT
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
Pemakluman secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan luar jangka bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis akan dibuat minggu depan. - Gambar fail Bernama
KANGAR: Pemakluman secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan luar jangka bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis akan dibuat minggu depan.
Speaker DUN Perlis, Rus'sele Eizan berkata, pihaknya mempunyai tempoh 21 hari untuk berbuat demikian selepas mengumumkan berlaku kekosongan itu bagi DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji semalam.
"Pihak saya ambil sedikit masa untuk maklum secara rasmi kepada SPR kerana perlu selesai beberapa perkara terlebih dahulu," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.
Rus'sele pada sidang media di Kompleks Seri Putra, di sini, semalam memaklumkan, kekosongan luar jangka itu selepas keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan dari PAS terhenti serta-merta selaras dengan Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis bagi tiga DUN berkenaan.
Speaker DUN itu juga dilaporkan berkata, beliau berpendapat, terdapat keperluan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan di ketiga-tiga kawasan berkenaan demi kepentingan kestabilan kerajaan meskipun usia DUN Perlis sudah melebihi tiga tahun pada 18 Dis lepas.
Sebelum ini, media melaporkan ADUN Perikatan Nasional (PN) di negeri itu didakwa telah bertemu Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi menyatakan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.
Berikutan itu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi kenyataan media dua hari lepas (24 Dis) memaklumkan keahlian ADUN Chuping, Saad Seman; ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim terhenti serta-merta berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025).
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas, PN memenangi 14 kerusi DUN di Perlis, terdiri daripada sembilan ADUN PAS dan lima ADUN Bersatu manakala seorang ADUN Pakatan Harapan (PH) dari PKR bagi kerusi DUN Indera Kayangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Krisis Politik Perlis
#DUN Perlis
#SPR
#tiga ADUN Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan