KUALA LUMPUR: Kerugian Pos Malaysia Bhd. bagi suku ketiga semakin mengecil dengan kumpulan terus memberi fokus untuk melaksanakan pelan transformasi, pengurusan kos yang efektif dan menyediakan perkhidmatan terbaik di sebalik persekitaran operasi yang mencabar.
Bagi suku berakhir 30 September 2022 itu, penyedia perkhidmatan pos dan kurier ini merekodkan kerugian sebelum cukai (LBT) sebanyak RM36.2 juta, susut 10.5% berbanding RM40.5 juta yang direkodkan bagi tempoh sama tahun sebelumnya, meskipun pendapatan susut 8.3% kepada RM492 juta pada suku berkenaan.
Untuk tempoh sembilan bulan, Pos Malaysia menyaksikan LBT juga berkurangan sebanyak 68% kepada RM65.9 juta berbanding RM206 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu dengan pendapatan merosot 10.3% kepada RM1.49 bilion.
Dalam kenyataan pada Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Charles Bewer berkata, pasukan Pos Malaysia telah bekerja keras untuk memastikan kumpulan terus mencatat kemajuan dengan transformasi yang dilaksanakan meskipun berdepan persekitaran makroekonomi yang mencabar di peringkat domestik dan global.
"Saya amat berterima kasih kepada pasukan yang luar biasa di Pos Malaysia yang terus memberikan senyuman dalam tempoh ini dan mereka semua telah bekerja keras untuk memastikan kami memberikan tahap perkhidmatan terbaik untuk pos dan bungkusan.
"Pos Malaysia akan terus memanfaatkan capaian kami yang tiada tandingannya untuk mengembangkan bahagian pasaran dalam segmen yang betul, serta mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan halangan makroekonomi semasa dapat dikurangkan dengan sebaik-baiknya," jelasnya.
Beliau menjangkakan prospek kewangan akan terus mencabar dipengaruhi tekanan makroekonomi yang akan terus menekan pasaran e-dagang pasca pandemik sedia ada.
Selain itu, katanya, penyumberan dalam yang dipercepatkan oleh pasaran e-dagang, amalan penetapan harga yang agresif dan 'masking' terus memberi tekanan kepada volum bungkusan, bukan sahaja untuk Pos Malaysia tetapi untuk semua peserta kurier dan logistik di negara ini.
"Namun, kami tetap komited dengan tujuan kami untuk membina kepercayaan dalam menghubungkan kehidupan dan perniagaan untuk hari esok yang lebih baik," katanya. -DagangNews.com
Dagang News
Tue Nov 22 2022
Transformasi Pos Malaysia semakin berkesan, kerugian suku ketiga berkurangan kepada RM36.2 juta. - Foto fail/Dagang News
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunaikan umrah
Kerajaan Arab Sudi terus komited untuk mempermudahkan urusan umrah sekaligus dapat menggalakkan lebih ramau umat Islam mengerjakannya.
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Kempen ‘We Care For Society’ diteruskan untuk tahun kelima
Sepanjang Ramadan Hada Labo meneruskan kempen amal “We Care For Society” untuk tahun kelima menyumbang kepada golongan yang memerlukan di Malaysia.
Kerajaan Perpaduan tidak pernah tahan wartawan, tutup media - Fahmi
Menurut Fahmi, sehingga kini mana-mana wartawan masih boleh menulis laporan termasuk memberikan kritikan terhadap kerajaan.
Pengebumian jenazah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal
Umavathi Ramayah membawakan perkembangan terkini pengebumian Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur.
Sindiket beli ganja hampir 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket yang aktif sejak dua tahun lalu itu dikesan membuat pesanan ganja berharga antara RM800 hingga RM1,000, dan ia diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Pos Malaysia capai 96 peratus prestasi penghantaran dijamin
Pos Malaysia memantau prestasi perkhidmatannya setiap hari untuk memastikan pengalaman pelanggan yang lancar.
Rugi bersih suku pertama Pos Malaysia berkurangan kepada RM27.66 juta
CEO kumpulan, Charles Brewer berkata prestasi Pos Malaysia adalah lebih baik dalam seluruh aspek berbanding pada suku pertama tahun kewangan 2022.
Dua bekas pegawai kanan Pos Malaysia didakwa terima rasuah
Kedua-dua tertuduh membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim.
Pos Malaysia sambung semula perkhidmatan penghantaran antarabangsa
Penyedia perkhidmatan pos itu berkata, secara keseluruhan, ia telah beroperasi semula ke 145 negara sehingga kini.
Bekas ejen 'Pos Rider' diutamakan untuk khidmat sambilan - Pos Malaysia
Pos Malaysia akan mengutamakan bekas ejen 'Pos Rider' untuk berkhidmat secara sambilan dengan syarikat itu, sekiranya terdapat peningkatan jumlah bungkusan kelak.
Pejabat pos, Pos Laju tetap beroperasi di sekitar Kota Setar - Pos Malaysia
Semua pejabat pos dan pusat perkhidmatan Pos Laju sekitar Kota Setar, Kedah, akan dibuka seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pentadbiran.
Guru wanita rugi RM333,000 ditipu 'Inspektor Mazlan'
Seorang guru wanita kerugian RM333,000 selepas terpedaya dengan penipuan panggilan dari nombor yang tidak dikenali.
Pos Malaysia naikkan kadar pos komersial
Langkah itu seiring dengan peningkatan kos operasi dan peningkatan struktur kadar antarabangsa oleh Kesatuan Pos Sedunia (UPU).
Pos Malaysia tunggu butiran rasmi mengenai kenaikan tarif pos daripada kerajaan
Sumber itu berkata perubahan harga tidak akan memberi kesan terhadap kadar bayaran pos untuk pengguna bukan komersil dalam negeri.
Siri setem 'Makanan Kita' sempena Hari Malaysia
Pemilihan setiap makanan di dalam siri ini adalah berdasarkan kepada populariti makanan tersebut serta cadangan dari orang awam.