JOGJAKARTA: Travel Exchange (TRAVEX) iaitu satu daripada agenda utama Forum Pelancongan ASEAN 2023 (ATF 2023) dilihat sebagai platform untuk semua negara-negara anggota ASEAN memanfaatkan dan mewujudkan persefahaman dan kerjasama yang lebih baik antara satu sama lain.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing berkata forum perniagaan yang diadakan mulai Jumaat hingga 5 Feb itu berfungsi mewujudkan "situasi menang-menang" untuk semua negara ASEAN dalam memulihkan sektor pelancongan, terutama dunia kini ke arah pemulihan wabak.
"Ini adalah masa yang penting bagi kita semua memulihkan sektor ini bersama-sama, dan tidak ada gunanya bersaing antara satu sama lain.
"Dengan semangat ASEAN, sektor pelancongan harus menjadikan semua orang gembira dan bukan berbalah," katanya kepada Bernama ketika ditemui di TRAVEX, forum perniagaan untuk ahli perniagaan pelancongan ASEAN yang diadakan sempena Forum Pelancongan ASEAN (ATF) di Pusat Ekspo Jogja ( JEC) di sini, pada Jumaat
TRAVEX, adalah satu daripada agenda utama ATF 2023 dan berjaya menghimpunkan 157 penjual dan 136 pembeli dari 29 negara merangkumi sembilan negara ASEAN, serta negara lain iaitu Korea Selatan, India, Jepun, Sri Lanka, Australia, Jerman, Belanda, Perancis dan Belgium.
Menyentuh mengenai acara itu, Tiong melahirkan harapan agar Pavilion Malaysia di bawah bidang kuasa Tourism Malaysia dapat diperluaskan lagi dengan menampilkan semua negeri bagi menarik lebih ramai pelancong antarabangsa datang ke negara ini.
"Memandangkan hari ini kita ditadbir kerajaan perpaduan, adalah menarik dan terbaik bagi ASEAN dan dunia global untuk melihat sisi perpaduan Malaysia melalui aktiviti pelancongan," katanya.
Pavilion Malaysia di TRAVEX menampilkan Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC), Malaysia Airlines dan Lembaga Pelancongan Sarawak.
Bertemakan "ASEAN: A Journey to Wonderful Destinations", ATF 2023 mewakili harapan utama sektor pelancongan dalam membangunkan destinasi pelancongan utama serantau dan antarabangsa, serta mengukuhkan kedudukan ASEAN sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
ATF 2023 juga merupakan anjuran Jogjakarta untuk kali kedua selepas berjaya menganjurkannya buat kali pertama pada 2002.
Indonesia selaku pengerusi ASEAN 2023 pernah berkhidmat sebagai Pengerusi ASEAN pada 2011, 2003, 1996 dan 1976.
ASEAN ditubuhkan pada 1967 dan dianggotai oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand, dan seterusnya disertai oleh Brunei (1984), Vietnam (1995), Laos (1997), Myanmar (1997) dan Kemboja (1999).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023

TRAVEX, adalah satu daripada agenda utama ATF 2023 dan berjaya menghimpunkan 157 penjual dan 136 pembeli dari 29 negara merangkumi sembilan negara ASEAN. - Foto Twitter/BERNAMA

Pemain Harimau Malaya semakin serasi
Semangat berpasukan yang tinggi serta keinginan untuk mencipta kemenangan ketika berhadapan dengan Turkmenistan dalam perlawanan persahabatan tier 1 semalam merupakan faktor utama kejayaan Malaysia.

Yahaya dilantik pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur
Datuk Yahaya Othman dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Azmi Abu Kassim yang kini menjadi Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM.

Pantau Agenda Reformasi: Tiada lagi penjara seumur hidup ganti hukuman mati mandatori
Pantau Agenda Reformasi kali ini membincangkan dengan lebih lanjut mengenai tiada lagi penjara seumur hidup ganti hukuman mati mandatori bersama Peguam Bela dan Peguam Cara, Datuk Salehuddin Saidin.

Potensi terajui bidang kelestarian kawasan Tropika
Kerjasama antara kerajaan dan pihak swasta Singapura dan Malaysia boleh meletakkan kedua-dua negara berkenaan sebagai peneraju dalam usaha kelestarian, terutamanya di kawasan tropika. Menteri Pembangunan Nasional Singapura, Desmond Lee, mengalukan penyertaan syarikat luar, termasuk dari Malaysia terlibat dalam Plan Induk Bangunan Hijau 80-80-80, yang merupakan sebahagian daripada aspirasi Singapura ke arah pelepasan karbon sifar menjelang 2050.

Inflasi Malaysia kekal pada 3.7 peratus pada Februari
Indeks harga pengguna (IHP) Malaysia bagi Februari 2023 kekal pada 3.7 peratus.

Husam Musa dilantik Pengerusi SPNB baharu
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memaklumkan pelantikan Datuk Husam Musa sebagai Pengerusi SPNB yang baharu berkuat kuasa 22 Mac 2023.

SM Faisal, bekas isteri akan berunding selesai kes luar mahkamah
Emilia Hanafi dan bekas suaminya, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin akan berunding untuk menyelesaikan kes berhubung dakwaan wanita itu dicederakan oleh ahli perniagaan tersebut, di luar mahkamah.

Dua saksi beri keterangan, pengalaman dalam kem tahanan
Dua orang saksi Uyghur memberi keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan di Kongress Amerika Syarikat mengenai kezaliman yang berlaku dalam kem tahanan Uyghur di China.

EU bekalkan sejuta peluru dalam tempoh 12 bulan bagi Ukraine
Kesatuan Eropah (EU) akan membekalkan sejuta peluru artileri kepada Ukraine dalam masa 12 bulan. EU juga akan mempercepatkan pengeluaran peluru tersebut dengan kerjasama industri terbabit.

1,500 bubur lambuk air tangan Permaisuri Agong diagihkan
Tahun ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekali lagi berkenan mencemar duli memasak resipi tradisi rakyat Pahang itu di pekarangan surau utama Istana Negara

Tempoh lesen pengusaha, pemandu pelancong dilanjutkan kepada lima tahun
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersetuju melanjutkan tempoh sah lesen bagi pengusaha pelancongan serta pemandu pelancong daripada tiga tahun kepada lima tahun.

MOTAC cadang wajibkan syarikat pengendali umrah sediakan perjanjian dengan jemaah
Perjanjian itu antara lain menyatakan terma dan syarat terpakai, jadual, pakej yang ditawarkan berserta peruntukan mengenai ganti rugi.

MOTAC lancar Hari Kraf Kebangsaan 2023, sasar jualan sehingga RM16 juta
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melancarkan Hari Kraf Kebangsaan 2023 pada Ahad.

'Inilah Masanya, Cuti-Cuti Malaysia' kempen terbaharu Tourism Malaysia
Kempen itu adalah untuk memastikan pelancongan domestik terus berdaya tahan tatkala berdepan krisis pandemik COVID-19.

MOTAC sasar kemasukan 16.1 juta pelancong asing tahun ini
MOTAC telah meminta bantuan peruntukan daripada Kementerian Kewangan (MOF) bagi meningkatkan promosi dan imej produk pelancongan negara.

Kerajaan akan kaji kaedah kawal selia jualan tiket penerbangan - Tiong
Kementerian akan cari solusi terbaik supaya penjualan tiket penerbangan tidak berat sebelah sekali gus mengatasi isu "memborong" tiket.

Malaysia perlu benarkan visa ketibaan kepada semua negara untuk kekal kompetitif - Tiong
Malaysia perlu sensitif kepada trend pasaran dan perlu membenarkan inisiatif pembukaan semula sepenuhnya itu secepat mungkin.

TRAVEX ASEAN platform untuk negara anggota rancakkan semula sektor pelancongan - Tiong
ATF 2023 mewakili harapan utama sektor pelancongan dalam membangunkan destinasi pelancongan utama serantau dan antarabangsa.

Batal lesen agensi pelancongan jika langgar peraturan - MOTAC
MOTAC telah menjalankan siasatan mengenai dakwaan terdapat beberapa agensi pelancongan tempatan memborong tiket penerbangan secara pukal.

MOTAC saran petugas imigresen KLIA ditambah
Usaha itu penting bagi mengatasi masalah tempoh menunggu lama berikutan bilangan pelancong ke Malaysia semakin meningkat.