awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M kemungkinan akan hadir ke WEF - Darell Leiking

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
08/01/2019
13:44 MYT
Tun M kemungkinan akan hadir ke WEF - Darell Leiking
Kata Darell, Dr Mahathir bagaimanapun akan membuat penilaian sebelum memberi keputusan untuk ke pertemuan tahunan itu.
Belum ada keputusan muktamad sama ada Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad akan hadir ke Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang bakal berlangsung di Davos, Switzerland pada 22 Januari ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking berkata buat masa ini Dr Mahathir akan membuat penilaian dahulu sebelum memberi keputusan untuk ke pertemuan tahunan itu.
Bagaimanapun katanya Perdana Menteri setakat ini telah memberi kepercayaan penuh kepada dua menteri iaitu beliau dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah untuk ke Davos.
“Keputusan Dr Mahathir untuk pergi atau tidak ke WEF belum lagi mendapat pengesahan, beliau perlu membuat penilaian dahulu sebelum ke Davos. Yang penting buat masa ini keputusan yang muktamad adalah dua menteri akan ke Davos iaitu saya dan menteri luar,” katanya.
Beliau bercakap demikian selepas mengadakan lawatan ke kilang stevia, PureCircle di Bandar Enstek, Nilai bersama Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.
WEF di Davos merupakan sebuah platform di mana para pemimpin, usahawan, pemikiran korporat, aktivitis dan lain-lain berkumpul untuk berbincang tentang isu berkaitan pembangunan globalisasi bagi kepentingan semua penduduk dunia.
WEF 2019 dijangka dihadiri oleh ramai pemimpin utama dunia, antaranya Presiden Indonesia Joko Widodo.
Topic Berkaitan
#Joko Widodo
#Mahathir Mohamad
#Saifuddin Abdullah
#WEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan