awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Zaki dilantik Pengerusi Pertama Digital

Astro Awani
Astro Awani
30/05/2022
12:03 MYT
Tun Zaki dilantik Pengerusi Pertama Digital
Zaki dilantik sebagai Pengerusi Pertama Digital berkuat kuasa hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara Ke-12, Tun Zaki Azmi dilantik sebagai Pengerusi Pertama Digital Bhd (PDB) berkuat kuasa hari ini.
PDB dalam satu kenyataan, berkata pelantikan beliau bagi menggantikan Datuk Dr Kenny Ng Bee Ken.
"PDB ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Kenny atas kebijaksanaan, bimbingan dan sumbangan yang tidak ternilai.
"Tanggungjawab beliau telah meletakkan syarikat pada trajektori yang betul untuk melonjak ke hadapan dengan lebih kukuh bagi mendigitalkan perkhidmatan awam untuk rakyat.
"PDB mengharapkan bimbingan Tun Zaki dalam peranan baharunya dan mengucapkan selamat maju jaya atas pelantikannya," kata kenyataan berkenaan.
Zaki yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif PDB sejak 21 April 2020 berkata, beliau berharap dapat melakukan pendekatan secara 'hands on' dengan pihak pengurusan, dalam masa sama dapat mencipta penyelesaian demi manfaat rakyat.
"Kami akan bertimbang rasa dan inovatif semasa kami melakarkan asas baharu untuk faedah kewangan pemegang saham kami dan kemajuan digital Malaysia dan rakyat," katanya.
Untuk rekod, PDB merupakan antara syarikat pemangkin yang berusaha melaksanakan model baharu pendigitalan kerajaan atas matlamat mengurangkan beban kewangan kepada rakyat.
Ini terbukti dengan kejayaan sokongan menerusi inisiatif govtech dan fintech dengan menyediakan penyelesaian komprehensif dan berimpak tinggi di peringkat nasional.
Topic Berkaitan
#Bekas Ketua Hakim Negara Ke-12
#tun zaki azmi
#Pengerusi Pertama Digital
#Pertama Digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan