awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan KSU Komunikasi
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tune Ins Holdings dijangka kumpul RM222.2 juta dari IPO

Bernama
Bernama
23/01/2013
05:30 MYT
Tune Ins Holdings dijangka kumpul RM222.2 juta dari IPO
Tune Ins Holdings Bhd, satu pengurus produk insurans, mengumpul RM222.2 juta dari tawaran awam permulaannya (IPO) berikutan penyenaraiannya di papan Utama Bursa Malaysia Securities.
Syarikat itu kini adalah pengurus produk insurans bagi rakan on-line semasanya, iaitu AirAsia, Tune Hotels dan AirAsia Expedia.
Antara lain, Tune Ins Holdings, mereka bentuk dan menguruskan produk insurans yang akan dijual kepada para pelanggan rakan insurans on-line.
Di bawah IPO tu, Tune Ins Holdings akan menawarkan sehingga 210,224,900 saham biasa kepada rakyat Malaysia dan para pelabur institusi terpilih dan para pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan, para pelabur runcit Malaysia dan para pelabur institusi asing, demikian menurut syarikat itu di dalam satu kenyataan.
Bahagian runcitan IPO itu akan terdiri daripada sehingga 41,346,800 saham terbitan awam manakala bahagian institusi akan terdiri daripada sehingga 102,028,100 saham terbitan awam dan sehingga 66,850,000 saham tawaran.
Bahagian runcitan saham itu akan ditawarkan pada harga RM1.55 manakala harga institusi akan ditentukan melalui cara proses persetujuan penjual dan pembeli.
Mengikut prospektusnya, hasil dari eksersais IPO itu akan digunakan bagi pembayaran balik pinjaman bank (59.86 peratus), modal kerja (12.24 peratus), pelaburan strategik (22.50 peratus) dan pembayaran perbelanjaan penyenaraian.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#IPO
#Tune Ins
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan