awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunggakan cukai tanah di Perak RM79.9 juta

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
11/11/2016
08:20 MYT
Tunggakan cukai tanah di Perak RM79.9 juta
Syed Mokhtar berkata pihak berkuasa negeri sentiasa memandang serius dan tidak mengambil ringan terhadap sikap sesetengah tuan tanah yang enggan menjelaskan cukai tanah. - Gambar Astro AWANI
Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak telah mengeluarkan lebih daripada 2,266 notis rampasan dan tuntutan di seluruh negeri bagi tempoh 11 bulan sehingga November berikutan kegagalan menjelaskan cukai tanah.
Pengarah PTG Perak, Datuk Syed Mokhtar Syed Iddris berkata, daripada jumlah itu 2,053 merupakan notis 6A iaitu Tuntutan Tunggakan manakala 213 lagi adalah notis 8A untuk tujuan rampasan tanah.
Katanya, pihak berkuasa negeri sentiasa memandang serius dan tidak mengambil ringan terhadap sikap sesetengah tuan tanah yang enggan menjelaskan cukai tanah.
“Isu tunggakan cukai tanah adalah satu isu yang serius bagi negeri ini yang mana jumlah tunggakan semasa adalah sebanyak RM79.8 juta melibatkan 213,000 hak milik tanah.
“Kegagalan tuan tanah menjelaskan cukai serta tunggakan yang ada boleh mengakibatkan pemilik-pemilik tanah kehilangan hak apabila tanah-tanah tersebut dipindahkan hak kepada Pihak Berkuasa Negeri,”katanya kepada pemberita .
Beliau berkata demikian dalam dalam satu sidang media selepas melaksanakam kerjasama Agen Tambahan Kutipan Cukai Tanah bersama Bank Simpanan Nasional ( BSN) di bangunan Pejabat Tanah dan Galian ( PTG) di sini pada Jumaat.
Tambahnya, pihak PTG juga turut menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memastikan tanah-tanah yang tidak diusahakan di seluruh negeri diselenggara dan dipantau dari semasa ke semasa.
Ujarnya, ini bagi mengelakkan lokasi tersebut menjadi ancaman nyamuk denggi, ular dan serangga berbisa yang merbahaya kepada penduduk setempat.
Syed Mokhtar berkata, tindakan dibawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara memperuntukkan kuasa kepada Pentadbir Tanah untuk merampas tanah ke atas lot-lot tanah kosong atau rumah terbiar yang gagal menjelaskan cukai tanah.
"Contoh terdekat adalah Pejabat Daerah dan Tanah Kinta dengan 59 pemilik rumah terbiar atau lot kosong telah dikeluarkan notis 6A dan 8A di lokaliti wabak denggi di kawasan Taman Cempaka, Kampung Baru Pasir Pinji, Teluk Kurin dan Kampung Baru Kuala Kuang.
“Kesemua tanah ini telah dirampas dan kini menjadi hak milik kerajaan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Bank Simpanan Nasional
#Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak
#Syed Mokhtar Syed Iddris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan