awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
[KOLUMNIS] Bersama pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unit Gamuda peroleh kontrak pembinaan MRT bernilai RM1.45 bilion di Singapura

Dagang News
Dagang News
22/02/2022
22:36 MYT
Unit Gamuda peroleh kontrak pembinaan MRT bernilai RM1.45 bilion di Singapura
Gamuda menjangkakan projek terowong dan stesen Defu ini akan menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2022. - Gambar hiasan/DagangNews
KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd meraih kontrak pembinaan terowong dan stesen Defu di Singapura bernilai SGD467 juta (RM1.45 bilion).
Kontrak itu diperoleh daripada Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura menerusi unitnya, Gamuda Berhad Singapore Branch (GBSG) bersama Wai Fong Construction Pte Ltd.
Projek tersebut akan dijalankan secara usaha sama yang menyaksikan GBSG memiliki 60% kepentingan manakala Wai Fong Construction memiliki 40% kepentingan.
Stesen Defu yang akan dibina sepanjang Tampines Road merupakan sebahagian daripada fasa pertama Cross Island Line (CRL) sepanjang 29 kilometer, yang terdiri daripada 12 stesen.
CRL adalah jajaran transit aliran masa (MRT) kelapan di Singapura.
"Skop kontrak ini membabitkan kerja-kerja reka bentuk dan pembinaan satu stesen bawah tanah dan 2 terowong Defu.
"Projek ini dijangka bermula pada suku kedua 2022 dan dijangka siap menjelang 2030," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia semalam.
Wai Fong Construction merupakan entiti berdaftar ACRA yang telah beroperasi lebih 28 tahun di Singapura sejak ditubuhkan pada 1993 dan dimiliki secara langsung oleh SJK Investments Limited.
Ia terlibat terutamanya dalam kejuruteraan awam dan kontraktor bangunan am.
Gamuda menjangkakan projek terowong dan stesen Defu ini akan menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2022.
"Kami akan membuat pengumuman yang perlu sekiranya terdapat perkembangan material berkaitan projek ini," - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Gamuda
#stesen Defu
#kontrak bina terowong
#Wai Fong Construction
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan