awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Untung bersih Public Bank merosot kepada RM1.36 bilion

Dagang News
Dagang News
30/11/2021
00:45 MYT
Untung bersih Public Bank merosot kepada RM1.36 bilion
Public Bank mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.36 bilion pada suku ketiga berakhir 30 September 2021, merosot 2% daripada RM1.39 bilion pada tahun sebelumnya. -Dagang News
KUALA LUMPUR: Public Bank mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.36 bilion pada suku ketiga berakhir 30 September 2021, merosot 2% daripada RM1.39 bilion pada tahun sebelumnya.
Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, Bank itu berkata, perolehan berkurangan kepada RM4.81 bilion daripada RM5.13 bilion sebelum ini.
Ujarnya, prestasi merosot itu berikutan pendapatan pelaburan yang rendah sebanyak RM99.5 juta turun 80.6% sejajar dengan situasi pasaran yang kurang menggalakkan pada masa ini, pendapatan fi dan pendapatan lain yang rendah sebanyak RM45.6 juta (-6.9%) dan perbelanjaan operasi yang tinggi sebanyak RM27.8 juta (-2.9%).
"Ini sebahagiannya diimbangi oleh pendapatan faedah bersih yang tinggi sebanyak RM140.3 juta (+7.4%)," katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.
Tambahnya, keuntungan sebelum cukai untuk sewa beli merosot sebanyak 62.4% kepada RM31.6 juta, berikutan elaun susut nilai pinjaman yang tinggi dibuat dengan jangkaan potensi impak daripada pandemik COVID-19, selain sebahagiannya diimbangi oleh pendapatan faedah bersih yang tinggi.
Sementara itu, keuntungan sebelum cukai untuk operasi perbendaharaan dan pasaran modal susut 49.7% kepada RM73.6 juta, berikutan pendapatan faedah bersih dan pendapatan pelaburan yang rendah.
Keuntungan sebelum cukai perbankan pelaburan berkurangan 48.6% kepada RM19.7 juta, berikutan pendapatan pembrokeran saham yang rendah, menurut bank itu.
Katanya keuntungan sebelum cukai untuk ibu pejabat, pusat pembiayaan dan lain-lain merosot sebanyak 0.8% kepada RM148 juta, berikutan pendapatan pelaburan yang rendah, perbelanjaan operasi yang tinggi dan bahagian kerugian syarikat bersekutu.
Sementara itu Pengasas, Pengerusi Emeritus, Pengarah dan Penasihat Public Bank Tan Sri Dr Teh Hong Piow berkata, dengan asasnya yang berdaya tahan, kumpulan terus berada dalam kedudukan yang baik untuk menghadapi sebarang cabaran pada masa depan dan memacu pertumbuhan perniagaan dalam negara menuju ke arah pemulihan pasca pandemik.
“Walaupun persekitaran terus mencabar, Public Bank Group akan kekal teguh dalam usahanya untuk mengukuhkan lembaran imbangannya, mengekalkan kualiti asetnya yang kukuh selain meningkatkan lagi kecekapan kos.
“Dalam menerima perubahan berikutan pandemik, kumpulan akan meneruskan usahanya untuk transformasi digital dan inovasi produk untuk mengukuhkan pertumbuhan perniagaan jangka panjang,” katanya.
*Berita asal di DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Public Bank
#keuntungan bersih
#Bursa Malaysia
#pendapatan faedah bersih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan