KUALA LUMPUR:Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020 susut kepada RM1.95 bilion daripada RM2.0 bilion pada suku yang sama sebelum ini.
Perolehan pula berkurangan kepada RM13.76 bilion daripada RM13.83 bilion bagi tempoh yang sama, menurutnya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Pendapatan operasi bersih lebih rendah terutamanya disebabkan oleh impak pandemik COVID-19 yang berterusan, walaupun telah diimbangi oleh perbelanjaan overhed yang dikurangkan serta penurunan susut nilai, katanya.
Menerusi kenyataan berasingan, bank keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset itu menjelaskan pendapatan operasi bersih suku ketiga susut kepada RM6.08 bilion daripada RM6.50 bilion pada suku yang sama sebelum itu.
Ia disebabkan penyusutan pendapatan berasaskan dana bersih keseluruhan sebanyak 8.7 peratus tahun ke tahun kepada RM4.13 bilion, berikutan penurunan margin faedah bersih sebanyak 27 mata asas (bps) tahun ke tahun susulan pengurangan Kadar Dasar Semalaman, katanya.
"Selain itu, pendapatan berasaskan fi bersih keseluruhan juga mengalami penyusutan 1.3 peratus kepada RM1.95 bilion, khususnya ekoran fi teras berkurangan susulan kelembapan aktiviti perniagaan akibat pandemik, serta keuntungan pelaburan lebih rendah," menurutnya.
Bagi sembilan bulan terkumpul berakhir 30 Sept, 2020, keuntungan bersihnya susut kepada RM4.94 bilion daripada RM5.75 bilion pada tempoh yang sama sebelum ini manakala perolehan sebanyak RM38.77 bilion berbanding RM39.86 bilion, katanya.
Maybank menjelaskan lembaga pengarahnya juga mengumumkan dividen interim 13.5 sen sesaham bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2020 yang akan dilaksanakan mengikut Rancangan Pelaburan Semula Dividen (DRP) Bank.
Pengerusi, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata memandangkan prestasi bertambah baik pada suku ketiga, Maybank memutuskan untuk meneruskan amalan membayar dividen interim kepada pemegang saham, walaupun kadarnya lebih rendah berbanding sebelum ini susulan kesan pandemik.
"Walaupun kedudukan modal Maybank kekal kukuh, kami tetap memastikan kami terus melaksanakan pendekatan berhemat dengan DRP yang mana keseluruhan bahagian adalah terpilih.
"Keutamaan kami adalah sentiasa dapat mengimbangi kepentingan pemegang saham dengan keperluan untuk mengekalkan penampan mencukupi sekiranya keadaan ketidaktentuan berlanjutan, serta untuk membiayai rancangan pertumbuhan kami bagi masa depan," katanya.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias berkata tumpuan dalam melangkah maju Maybank adalah memanfaatkan kemampuan pengurusan risiko, operasi yang pelbagai dan kelebihan digital untuk memacu perniagaan pada tahun depan.
"Pada masa sama, kami tetap komited menyokong pihak berkepentingan dalam tempoh ini agar mereka boleh terus mampan bagi jangka panjang," katanya.
Menerusi kenyataan itu juga, pinjaman Maybank pada operasi Malaysia meningkat 5.2 peratus tahun ke tahun pada 30 Sept, 2020, namun pertumbuhan pinjaman secara keseluruhan diimbangi oleh penurunan di pasaran tempatan utama iaitu Singapura (-7.8 peratus) dan Indonesia (-15.8 peratus).
Ia disebabkan oleh persekitaran operasi yang lebih lembap serta sebahagian strategi kumpulan untuk menjajarkan kembali portfolio berikutan penularan COVID-19, katanya.
"Ini mengakibatkan penurunan marginal 0.6 peratus bagi pinjaman kasar kumpulan berbanding tahun sebelum ini," jelasnya.
Mengenai deposit, Maybank menjelaskan seiring dengan strategi untuk mengekalkan asas mudah tunai yang kukuh dan memperluas struktur pendanaan berkos rendah, deposit berkembang 4.8 peratus tahun ke tahun, didorong oleh kenaikan 10.2 peratus di Singapura, 3.3 peratus di Malaysia dan 0.8 peratus di Indonesia.
"Oleh itu, nisbah akaun semasa dan akaun simpanan (CASA) kumpulan meningkat jauh lebih tinggi kepada 42.1 peratus pada September 2020 daripada 34.6 peratus tempoh sama tahun sebelumnya," katanya.
Menurut Maybank, walaupun moratorium pinjaman menyeluruh di Malaysia berakhir pada 30 Sept, 2020, namun ia kekal menyokong mereka yang masih terjejas ekoran kesan pandemik COVID-19 dengan menawarkan pelbagai pakej Bantuan Pembayaran Balik (RA).
"Lebih 93,000 pemohonan RA diterima daripada pelanggan sama ada individu atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) setakata 16 Nov, 2020, dan semua permohonan yang layak telah diluluskan.
"Daripada jumlah yang diluluskan, kira-kira 43 peratus diberikan penangguhan pembayaran balik selama tiga bulan sehingga 31 Dis, 2020 terutama disebabkan oleh pengangguran, manakala pemohon lain meminta pengurangan bagi pembayaran balik kerana pendapatan berkurangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 27 2020

Seiring dengan strategi untuk mengekalkan asas mudah tunai yang kukuh dan memperluas struktur pendanaan berkos rendah, deposit berkembang 4.8% tahun ke tahun, didorong oleh kenaikan 10.2% di S'pura, 3.3% di M'sia dan 0.8% di Indonesia. - Gambar fail

ASEAN | Kerjasama ASEAN perkukuh undang-undang siber
Negara anggota ASEAN boleh mempertimbangkan pelaksanaan undang-undang mengenai privasi data dan hak pengguna untuk diaplikasikan pada setiap entiti digital di rantau ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sudah tiba masanya platform digital dilihat sebagai satu medium yang perlu digunakan dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

COVID-19 | Hospital di Perlis mampu tampung jumlah pesakit
Pusat kuarantin dan rawatan pesakit COVID-19 di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar mencapai tahap 79 peratus. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, negeri ini masih lagi mampu menampung jumlah pesakit COVID-19 memandangkan kapasiti di Kolej Jururawat Masyarakat Kangar yang digunakan hanya sekitar 26 peratus.

Samun | Geng samun Ah Boon ditahan
Polis menumpaskan Geng Ah Boon yang terbabit dalam kes samun warga asing Ini susulan penahanan tiga ahli kumpulan itu ditahan, malam Rabu.

ADGMIN1: COVID-19 percepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia - Muhyiddin
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak setahun yang lalu telah mempercepat pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.

Jualan kenderaan pada 2020 menurun 74,847 unit berbanding 2019, jangka peningkatan pada 2021
Walaupun terdapat penurunan dua digit dalam TIV, ia pencapaian yang baik bagi industri automotif tempatan.

Zahid Hamidi sahkan negatif COVID-19 selepas hadiri perjumpaan dengan pemimpin UMNO
Ahmad Zahid berkata beliau perolehi keputusan ujian saringan itu awal pagi ini.

TERKINI | Integrasi rentas sempandan

AWANI Ringkas: Bantuan banjir mencukupi hingga tiga bulan

Manfaat bantuan PERMAI kepada usahawan mikro

Ucapan Perasmian Asean Digital Ministers Meeting' (ADGMIN1) oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung Ucapan Perasmian Asean Digital Ministers’ Meeting (ADGMIN1) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Untung bersih suku ketiga Maybank sebanyak RM1.95 bilion, umum dividen interim 13.5 sen
Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020 susut kepada RM1.95 bilion daripada RM2.0 bilion pada suku yang sama sebelum ini.

Maybank perkenal tawaran cuti bersalin sehingga setahun
Ia menawarkan faedah cuti bersalin yang membolehkan pekerja menyambung cuti tambahan daripada 90 hari bergaji penuh kepada tambahan tiga bulan dengan separuh gaji atau enam bulan tanpa gaji.

Samsung perkenal perkhidmatan 'Samsung Pay'
Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd memperkenalkan perkhidmatan pembayaran mudah alih, 'Samsung Pay' di Malaysia hari ini.

Maybank peroleh untung bersih suku keempat 2013 tertinggi
Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd melonjak 14 peratus kepada RM6.55 bilion untuk tahun kalendar 2013 berbanding RM5.745 bilion pada 2012.

Untung pracukai 2012 Maybank naik RM7.894 Bilion
Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatatkan untung pracukai yang lebih tinggi iaitu RM7.894 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2012 berbanding RM6.875 bilion pada 2011.