awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bioeconomy Corporation sumbang RM39.9 bilion kepada KDNK
Meta Ray-Ban Display perkenal navigasi baharu, sokongan EMR dan teleprompter
Konstabel polis mengaku tidak bersalah tipu wanita selesai saman PDRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suri rumah didakwa aniaya anak kandung sehingga cedera

Bernama
Bernama
07/01/2026
07:30 MYT
Suri rumah didakwa aniaya anak kandung sehingga cedera
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Jan ini untuk sebutan semula kes. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak kandungnya sehingga mengalami kecederaan fizikal pada anggota badan, minggu lepas.

Ringkasan AI
  • Norshazlina Izamli, seorang suri rumah berusia 22 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menganiaya anak kandungnya yang berusia lima tahun 11 bulan sehingga mengalami kecederaan fizikal.
  • Tertuduh dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Sentul pada 2 Januari lalu; hukuman maksimum termasuk denda RM50,000, penjara hingga 20 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
  • Mangsa, yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, mengalami kecederaan serius di pelbagai bahagian badan akibat didera secara berterusan sejak dua minggu sebelumnya.

Tertuduh, Norshazlina Izamli, 22, sebagai ibu kandung kepada kanak-kanak perempuan berusia lima tahun 11 bulan ketika kejadian, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah unit kondominium di Jalan Sentul Pelangi, Sentul dekat sini, kira-kira 5 petang, 2 Jan lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Noor Shafina Mohd Radzuan menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak mengemukakan sebarang rayuan berhubung jaminan.
Hakim Mazuliana Abdul Rashid membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Jan ini untuk sebutan semula kes.
Isnin lepas, media melaporkan polis menahan seorang wanita berusia 22 tahun selepas menerima laporan berhubung kejadian dera itu pada 2 Jan lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata mangsa yang kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian badan termasuk kepala, telinga, mata, tangan dan kaki, selain kehilangan gigi hadapan, dipercayai akibat didera secara berterusan sejak dua minggu lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes dera
#kes mahkamah
#ibu kandung dera anak
#kanak-kanak mangsa dera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan