KUALA LUMPUR: Urus niaga di Bursa Malaysia dibuka rendah pada pagi urus niaga Selasa dengan indeks utama terus berada dalam zon lemah berikutan kehendak risiko yang kurang bermaya di pasaran.
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 1.72 mata kepada 1,606.7 daripada penutupan semalam iaitu 1,608.42.
Indeks utama dibuka 0.29 mata lebih tinggi pada 1,608.71.
Di pasaran meluas, kaunter rugi agak tinggi berbanding kaunter untung dengan 204 berbalas 195 manakala 1,266 kaunter tidak berubah, 493 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan ialah 789.59 juta saham bernilai RM292.27 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, dalam situasi kekurangan pemangkin baharu, bursa tempatan mungkin mengalami penyusutan selanjutnya tetapi kelemahan itu dapat ditampung oleh pemulihan teknikal.
Jumlah kes disahkan COVID-19 yang tidak stabil setiap hari yang mengakibatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan di beberapa negeri juga boleh boleh memberi kesan kepada kelancaran pemulihan ekonomi, katanya.
"Kami percaya sektor terpilih yang berkaitan dengan tema pemulihan seperti pembinaan, harta tanah dan pengguna masih bergerak naik walaupun terdapat jumlah kes COVID-19 yang tidak stabil setiap hari.
"Selain itu, saham berkaitan dengan pembungkusan mungkin menjadi pilihan ekoran pelanjutan PKPB dan PKPP," tambah firma penyelidikan itu menerusi catatan penyelidikannya.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing susut satu sen kepada RM4.20 dan RM5.37, Petronas Chemicals turun 12 sen kepada RM7.86 dan Tenaga lebih rendah empat sen kepada RM10.20.
Top Glove menambah satu sen kepada RM5.26 sementara Maybank tidak berubah pada RM8.32.
Bagi kaunter aktif pula, Luster Industries turun 24 sen kepada setengah sen, CNI naik 20.5 sen kepada satu sen, Seacera tidak berubah pada 23.5 sen sementara Permaju susut 18 sen kepada satu sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 11.37 mata kepada 11,876.97, FBM Emas Syariah jatuh 14.35 mata kepada 13,246.91, FBMT 100 menguncup 9.61 mata kepada 11,527.48, FBM 70 merosot 2.68 mata kepada 15,840.35 manakala FBM ACE lebih rendah 25.24 mata kepada 9,728.75.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri merosot 0.84 mata kepada 194.74, Indeks Perladangan turun 0.11 mata kepada 6,959.91 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan lebih rendah 5.01 mata kepada 15,197.63.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 13 2021
Urus niaga di Bursa Malaysia dibuka rendah pada pagi urus niaga Selasa dengan indeks utama terus berada dalam zon lemah berikutan kehendak risiko yang kurang bermaya di pasaran. -Gambar fail
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.