KUALA LUMPUR: 59 Inc. Sdn Bhd kini memulakan semula projek pembangunan bercampur Kota Semarak dengan sasaran nilai pembangunan kasar (NPK) keseluruhan RM3.1 bilion.
Syarikat usaha sama 70-30 peratus yang ditubuhkan antara TH Properties Sdn Bhd (TH Prop) dan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) itu telah merancang untuk memulakan projek itu pada 2019 tetapi dikekang oleh pandemik COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TH Prop Azman Ibrahim berkata projek Kota Semarak seluas 11 hektar di Jalan Sultan Yahya Petra akan dibangunkan dalam tiga fasa.
Fasa pertama dinamakan 1A, yang meliputi empat menara dengan 1,226 unit pangsapuri berperkhidmatan termasuk 100 unit rumah di bawah projek Residensi Wilayah (RUMAWIP), serta 87 unit pejabat kedai.
Fasa dua dan fasa tiga masing-masing akan dibangunkan di kawasan seluas 3.7 hektar dan 4.4 hektar.
Fasa 1A, dengan NPK berjumlah RM850 juta dan keluasan tanah 2.9 hektar, dijadual siap pada Februari 2027, dengan unit rumah berharga mulai RM570,000 dan seterusnya.
"Kami mempertimbangkan pada RM650 bagi setiap kaki persegi dan julat harga ini jauh lebih rendah daripada apa yang kami dapati di sekitar pembangunan bertingkat tinggi.
"Kami yakin pada bahagian awal pelancaran ini untuk memperoleh sekurang-kurangnya 50 peratus (tempahan)," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah dan pemeteraian Memorandum Persefahaman Kota Semarak dengan panel pembiaya akhir di sini, pada Ahad.
Syarikat usaha sama itu telah memperoleh pembiayaan daripada Bank Islam Bhd dan MBSB Bank Bhd untuk pembangunan tersebut.
"Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami menyemak dan mengkaji keberkesanan projek dan kami dapat mengurangkan beberapa elemen, membolehkan kami mengekalkan kos pembinaan," katanya ketika ditanya mengenai kenaikan kos bahan binaan dan kesannya terhadap projek.
Kota Semarak menawarkan unit kontemporari dua hingga empat bilik tidur dengan saiz 802 kaki persegi hingga 2,400 kaki persegi.
"Kami menyasarkan Kota Semarak menjadi batu loncatan untuk projek yang lebih mesra alam dan lestari pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2023

Majlis Pecah Tanah Kota Semarak Fasa 1 disempurnakan oleh Pengerusi TH Properties Datin Paduka Kartini Abdul Manaf dan Azman (tengah). - Foto TH Properties

Anugerah Perhubungan Awam Malaysia iktiraf keunggulan industri
Malaysia Public Relations Awards (MPRA) tahun ini bakal mengiktiraf penerima anugerah dalam hampir 20 kategori untuk pelbagai kempen perhubungan awam dan komunikasi sepanjang tahun.

Kes pengubahan wang haram, rasuah Wan Saiful dibicarakan bersama
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes pengubahan wang haram dan rasuah berhubung projek Jana Wibawa yang dihadapi Wan Saiful dibicarakan bersama.

Najib mohon lepas tanpa bebas, kes SRC RM27 juta lebih 5 tahun tergantung
Najib memohon dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

PRK Kemaman: Jangkaan 70 peratus keluar mengundi - SPR
Abdul Ghani berkata, jangkaan itu bagaimanapun bergantung keadaan cuaca hujan yang melanda Pantai Timur termasuk di Kemaman ketika ini.

Korban akibat banjir di Kenya meningkat kepada 136 orang
Menurut Kementerian Dalam Negeri, lebih 92,400 isi rumah dan 462,100 penduduk terjejas.

Lima maut kemalangan kuari bagi tempoh tahun lepas sehingga Sept tahun ini - Saarani
Saarani berkata pengoperasian sesuatu kuari memerlukan Surat Kelulusan Skim Pengkuarian (SKSK) yang akan dikeluarkan JMG Perak.

Pelan liberalisasi visa: JIM kekal NTL, SOP kemasukan pelancong
Proses pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) dan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai bagi pelancong ke Malaysia kekal dan tidak akan dikompromi.
AWANI Ringkas: Ditipu sindiket tawaran pekerjaan di utara Myanmar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tiada perunding luar digunakan dalam perkhidmatan awam
Khidmat perunding luar tidak akan digunakan dalam perkhidmatan awam kecuali dalam keadaan kepakaran tertentu tidak dimiliki, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Ahmad Zahid kembali bertugas, hadir mesyuarat Kabinet
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini kembali bertugas serta menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kadar kematian penyu di Terengganu membimbangkan
Kerajaan negeri Terengganu melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan kadar kematian haiwan tersebut dapat dikurangkan.

Usaha sama TH Properties-MRCB bangunkan Kota Semarak dengan NPK RM3.1 bilion
Projek Kota Semarak seluas 11 hektar di Jalan Sultan Yahya Petra akan dibangunkan dalam tiga fasa.

Sektor pertanian Terengganu rugi hampir RM50 juta akibat banjir
Sektor pertanian Terengganu mengalami kerugian sebanyak RM48.7 juta akibat banjir besar yang melanda negeri itu pada 18 Dis lepas.

Orang ramai disaran ceburi kaedah pertanian bandar Kebuniti, bantuan disediakan
Langkah itu bukan sekadar dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan dari luar malah turut membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat.

48 tukun tiruan galak pembiakan ikan
Tahun lalu 48 buah tukun dilabuhkan di seluruh negeri dan kira-kira 24 buah tukun lagi akan ditenggelamkan pada tahun ini.

Banjir: RM1 juta untuk petani, penternak dan pengusaha ikan sangkar Terengganu
Bantuan itu akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun mereka yang terlibat seawal April ini.

Akuapolitan Kuala Nerus akan diganti dengan projek lain
Meskipun telah dibatalkan, kerajaan negeri akan menggantikannya dengan projek lain demi manfaat penduduk.

Lebih 1,000 hektar tanah milik kerajaan negeri Terengganu diteroka secara haram - Exco
Keadaan itu telah berlarutan sejak 16 tahun lalu, melibatkan beberapa daerah, termasuk Setiu.

Marang bakal miliki pusat sembelihan haiwan ternakan halal
Projek bernilai RM500,000 itu dijangka dapat beroperasi pada Mac 2022.

440,200 benih ikan dilepas serentak seluruh Terengganu
Antara spesies ikan air tawar yang dilepaskan ialah baung, lampam, siakap serta udang galah.