KUALA LUMPUR: Malaysia menyedari kepentingan usaha untuk terus menarik pelaburan berkualiti serta penghasilan produk yang tepat, terutama dengan kerumitan lebih tinggi bagi menangani risiko pertumbuhan perdagangan.
Sehubungan itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata adalah penting bagi Malaysia untuk mewujudkan ekosistem sewajarnya yang dapat menarik serta menyokong pelaburan tepat dan memupuk pembangunan industri bagi pengeluaran produk dengan kerumitan tinggi.
"Ini akan menyumbang dari segi pendapatan eksport lebih tinggi berikutan peningkatan kerumitan eksport dan ekonomi kita. Hanya selepas itu kita dapat mewujudkan kitaran antara tiga elemen utama ekonomi dan boleh mengakui bahawa kita adalah pro-industri, pro-pelaburan dan pro-perdagangan.
"Selepas itulah baru kita dapat wujudkan pekerjaan berkemahiran dan bergaji tinggi untuk perusahaan kecil dan sederhana serta rakyat," katanya pada majlis pelancaran Platform Perdagangan Digital Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di sini, hari ini.
Tengku Zafrul juga menyifatkan kedua-dua aspek perdagangan dan pelaburan sebagai komponen teras terhadap pertumbuhan keluaran dalam negara kasar.
Pada masa sama, beliau mengingatkan risiko penurunan bagi tahun ini masih ketara, termasuk susulan faktor berkaitan ketegangan geopolitik, kekurangan makanan, ketidakstabilan kewangan akibat dasar monetari lebih ketat dan peningkatan paras hutang.
Justeru, satu penyelesaian jangka panjang utama adalah untuk memastikan Malaysia dapat mengeluarkan lebih banyak produk rumit dan sofistikated bagi tujuan eksport yang dipermudahkan oleh aspek pendigitalan, automasi, robotik dan upaya lain bagi memastikan kelangsungan pertumbuhan Malaysia di masa depan.
"Ringkasnya, kerumitan produk ekonomi dan perindustrian sesebuah negara juga merupakan perkara penting sebagai petunjuk prospek pertumbuhan masa depan negara kerana turut memaparkan tahap perkembangan dan pengetahuan kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023
Tengku Zafrul juga menyifatkan kedua-dua aspek perdagangan dan pelaburan sebagai komponen teras terhadap pertumbuhan keluaran dalam negara kasar. - Gambar fail
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Perodua mahu hasilkan 500 unit eMO-II sebulan, sasar EV termurah
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata model EV ini dijangka dijual pada harga antara RM50,000 dan RM90,000 seunit.
BRICS: Malaysia pantau perkembangan susulan ancaman tarif Trump - Tengku Zafrul
Malaysia, sebagai rakan BRICS, akan memantau perkembangan ini dengan rapat dan menegaskan keterbukaan untuk perniagaan dan perdagangan dengan semua negara.
PKS pemacu pertumbuhan ekonomi APEC, pupuk keterangkuman - Tengku Zafrul
Pertumbuhan inklusif bukan setakat yang memberi manfaat kepada syarikat besar dan multinasional, sebaliknya perlu bercirikan saksama.
MIDA kenal pasti 12 syarikat Mesir berminat teroka pelaburan di Malaysia
Syarikat itu berminat meneroka pelaburan dalam sektor farmaseutikal, peranti perubatan, aeroangkasa dan petrokimia.
Malaysia sasar kekalkan pertumbuhan ekonomi bersama China, tumpu SDG
China telah menunjukkan kelebihan ketara dalam kesemua bidang itu.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.
Amerika kekal rakan dagangan utama, pelabur terbesar di Malaysia - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, AS dan Malaysia mempunyai hubungan ekonomi serta perkongsian perdagangan yang terjalin sejak sekian lama.
Negara rakan BRICS: Sumbang pertumbuhan ekonomi, peningkatan eksport - Tengku Zafrul
Beliau berkata Malaysia akan memainkan peranan dalam mengukuhkan rantaian bekalan global terutama dalam sektor penting seperti semikonduktor serta sektor lain yang strategik.
Kerajaan pastikan belia peroleh akses pekerjaan - Tengku Zafrul
Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata, graduan perlu memiliki set kemahiran yang dinamik, dan menyesuaikan diri dengan trend pekerjaan baharu.