awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha vaksinasi, PEMERKASA dorong pemulihan keyakinan pembeli rumah - Mah Sing

Bernama
Bernama
24/03/2021
12:23 MYT
Usaha vaksinasi, PEMERKASA dorong pemulihan keyakinan pembeli rumah - Mah Sing
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bernilai RM20 bilion yang diumumkan baru-baru ini, berupaya meningkatkan keyakinan pembeli rumah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mah Sing Group Bhd yakin pelaksanaan usaha seperti Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bernilai RM20 bilion yang diumumkan baru-baru ini, berupaya meningkatkan keyakinan pembeli rumah.
Pengasas merangkap Pengarah Urusan Kumpulannya, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata pemulihan sentimen itu juga dapat dilihat menerusi sambutan positif terhadap pelancaran projek pembangunan oleh syarikat tersebut baru-baru ini.
"Malah, bersandarkan dorongan daripada pemulihan ekonomi, kami percaya sekarang adalah masa yang tepat untuk pembeli rumah bertindak menambah baik dari segi pemilikan kediaman ideal masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena pelancaran galeri jualan projek M Panora syarikat itu di Rawang, Selangor, pada Rabu.
M Panora yang membabitkan nilai pembangunan kasar kira-kira RM300 juta, adalah projek kediaman berstatus strata dengan pegangan bebas di kawasan seluas 18.36 hektar.
Projek dengan kepadatan rendah itu merangkumi 396 unit rumah dua tingkat jenis 'super link' yang dijadual dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.
Leong berkata, pihaknya yakin faktor seperti senario kadar faedah rendah pada masa ini, penetapan harga kompetitif serta kelebihan dimiliki M Panora, akan memacu sambutan positif daripada kalangan pembeli.
"Sejajar dengan prospek ekonomi dan hartanah yang lebih baik, kami akan terus mengekalkan momentum selama ini bagi mencapai sasaran jualan sebanyak RM1.6 bilion pada tahun ini.
"Bagi M Panora ini, kira-kira 91 peratus daripada unit-unitnya berharga di bawah RM700,000 manakala 51 peratus di bawah RM500,000," katanya.
Unit-unit M Panora itu ditawarkan pada harga indikatif daripada RM650,000 dan ke atas untuk seunit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#ekonomi
#PEMERKASA
#Mah Sing
#pembeli rumah
#perumahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan