awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS rampas dua kapal tangki 'armada bayangan' dikaitkan dengan minyak Venezuela
Terbuka Malaysia 2026: Meskipun sakit, Soon Huat-Shevon bangkit cipta kemenangan
Anwar yakin nilai dagangan Malaysia–Turkiye mampu capai AS$10 bilion lebih awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waqaf FELDA sasar urus aset RM500 juta menjelang 2030

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
12/11/2021
08:40 MYT
Waqaf FELDA sasar urus aset RM500 juta menjelang 2030
Waqaf FELDA bakal menggunakan konsep wakaf korporat yang memperuntukan dana sumbangan pewakaf untuk dilaburkan dalam bentuk perniagaan. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penubuhan Waqaf FELDA dijangka mampu menjadi salah satu mekanisme sebagai kuasa ketiga (third force) dalam membantu merancakan serta memulihkan ekonomi negara pasca pandemik selain turut berperanan menyediakan peluang perniagaan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKA).
Pelancaranya yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini turut mensasarkan untuk menguruskan aset bernilai RM500 juta menjelang tahun 2030.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Waqaf FELDA bakal menggunakan konsep wakaf korporat yang memperuntukan dana sumbangan pewakaf untuk dilaburkan dalam bentuk perniagaan.
"Ekosistem ini akn berupaya merangsang ekonomi Malaysia dengan penyediaan peluang perniagaan bagi perusahaan PKMS serta membuka peluang pekerjaan sekaligus mengubah landskap ekonomi negara.
"Konsep wakaf korporat ini juga mampu menjadi instrumen membentuk model perniagaan yang lebih mampan bagi Waqaf FELDA lantas dapat memberi manfaat kepada lebih ramai golongan yang memerlukan menerusi keuntungan yang diperolehi," kata kenyataan tersebut.
Malah menurut FELDA, Waqaf FELDA itu juga diharap mampu memberi semangat dalam kalangan petugas, warga peneroka serta generasi baharu FELDA untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka.
Topic Berkaitan
#Waqaf FELDA
#urus aset
#perusahaan mikro kecil dan sederhana
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan