awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WEF 2016: Grow Asia merangka penyelesaian sokong pekebun kecil

Bernama
Bernama
01/06/2016
04:51 MYT
WEF 2016: Grow Asia merangka penyelesaian sokong pekebun kecil
Grow Asia juga merancang untuk merangka penyelesaian mudah alih untuk membantu petani mengakses pasaran, kewangan serta maklumat mengenai agronomi, haiwan perosak, cuaca dan harga. - Gambar fail
Pertubuhan pertanian inklusif, WEF, Grow Asia akan bekerjasama bagi merangka penyelesaian yang berpotensi menjana kesan berskala besar bagi pekebun kecil.
Ini termasuk penyelesaian teknologi kewangan dan mudah alih inovatif.
Menurut Pengarah Urusan Grow Asia Singapura, Kavita Prakash-Mani kumpulan kerja kewangan serantau Grow Asia kini sedang berbincang dan menguji pelbagai jenis penyelesaian kewangan.
Katanya, kumpulan itu juga sedang mengumpul kajian kes dalam usaha merapatkan jurang keterangkuman kewangan di negara ASEAN.
Ia juga sedang membangunkan penyelesaian pembiayaan kewangan bagi membolehkan pekebun kecil menanam semula tanaman mereka.
IKUTI LAPOR LANGSUNG WEF 2016 DI SINI
Di samping itu, Grow Asia juga merancang untuk merangka penyelesaian mudah alih untuk membantu petani mengakses pasaran, kewangan serta maklumat mengenai agronomi, haiwan perosak, cuaca dan harga.
Grow Asia setakat ini telah menyokong lima negara rakan kongsi iaitu Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Vietnam.
Grow Asia ditubuhkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) dengan kerjasama sekretariat ASEAN.
Ia melibatkan penyeryaan lebih 160 pemimpin kerajaan, sektor swasta, masyarakat awam, persatuan petani, agensi antarabangsa dan penderma.
Topic Berkaitan
#Grow Asia akan bekerjasama bagi merangka penyelesaian yang berpotensi menjana kesan berskala besar bagi pekebun kecil
#Kavita Prakash-Muni
#Pertubuhan pertanian inklusif
#WEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan