awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WEF 2016: Wanita di Asia Tenggara catat kemajuan ekonomi

Astro Awani
Astro Awani
01/06/2016
01:16 MYT
WEF 2016: Wanita di Asia Tenggara catat kemajuan ekonomi
Biarpun dengan kemahiran yang tinggi, wanita di Asia Tenggara masih berdepan cabaran pemerkasaan dan kerap diberikan pekerjaan yang tidak formal. - Gambar fail
Wanita di ekonomi Asia Tenggara termasuk di Malaysia, Vietnam, Thailand, Filipina dan Indonesia telah mencatatkan kemajuan dalam kemasukan ke pendidikan tinggi.
Menurut indeks kemajuan wanita Mastercard 2016 yang dipetik Forum Ekonomi Sedunia, ketika ini terdapat lebih banyak wanita daripada lelaki di dalam pendidikan tinggi di Asean.
Namun, negara lain di Asean masih lagi jauh ketinggalan dalam mengurangkan jurang jantina dalam ekonomi.
Menurut kajian berkenaan, wanita di Asean cemerlang dan kerap kali lebih baik dari lelaki.
Namun jumlah wanita di dalam tenaga kerja masih kekal rendah berbanding lelaki di rantau ini.
Menurut Mastercard, ketidakadilan jantina wujud dalam budaya dan koporat di Asean.
Ini termasuk tanggapan bahawa wanita hanya perlu memainkan peranan tradisional sebagai isteri dan ibu dan lelaki sebagai pencari rezeki.
Pandangan ini membantutkan wanita dari meneruskan pendidikan, kerjaya dan mempengaruhi persepsi wanita sendiri tentang kebolehan mereka.
Walaupun dalam pasaran maju seperti Singapura, wanita masih lagi dilayan dengan tidak adil termasuk dari segi pendapatan.
Biarpun dengan kemahiran yang tinggi, wanita di Asia Tenggara masih berdepan cabaran pemerkasaan dan kerap di berikan pekerjaan yang tidak formal.
Kekurangan wanita dalam ekonomi memberikan kesan kepada ekonomi asean.
Ini termasuk kualiti pekerja yang rendah dan tiada pertumbuhan kompetitif.
Ekonomi Asia dijangka tumbuh 30 peratus dalam pendapatan per kapita dalam satu generasi jika penyertaan wanita meningkat dari pada 57 peratus kepada 66 peratus.
Ini dapat dicapai dengan pelaksanaan undang undang anti-diskriminasi yang lebih baik.
Dalam masa yang sama, sektor swasta juga harus membuka lebih banyak ruang untuk wanita menjawat jawatan yang lebih tinggi.
Topic Berkaitan
#Filipina
#Forum Ekonomi Sedunia
#Malaysia
#Thailand
#Vietnam
#WEF 2016
#wefASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan