Weir Group dari United Kingdom berhasrat melabur RM353 juta ($70 juta) untuk kilang baru di Taman Perindustrian Seremban.

Ini ialah antara pelaburan kejuruteraan terbesar di Malaysia oleh sebuah syarikat kejuruteraan UK, demikian menurut kenyataan oleh Matrix Concepts Holdings Berhad, sebuah syarikat pemaju hartanah di Negeri Sembilan.

Weir Group akan mengembangkan tenaga pekerjanya daripada 400 kepada 1,000 dalam tempoh tiga tahun.

Matrix Concepts dan cabang pelaburan Negeri Sembilan, Menteri Besar Negeri Sembilan Incorporated telah memeterai perjanjian itu dengan Linatex Rubber Products Sdn Bhd (Linatex), anak syarikat Weir Group di Malaysia.

Linatex memiliki tanah perindustrian seluas 22 hektar di Sendayan TechValley.

Linatex, dengan faundri baharunya di Sendayan TechValley, mampu menghasilkan 6,000 tan metrik dan berpotensi meningkatkan kapasiti sehingga 12,000 tan metrik seiring dengan permintaan menggalakkan.