awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Terengganu runding bawa pulang pelajar UPSI menerusi penerbangan ihsan TUDM
DUNIA
IAEA akan teruskan pemeriksaan di Iran selepas keadaan keselamatan
DUNIA
Perbicaraan baharu kematian Diego Maradona diadakan di luar Buenos Aires
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Rusia beri amaran keras kepada AS jangan campur tangan konflik Israel-Iran

Sinar Harian
Sinar Harian
20/06/2025
07:45 MYT
Rusia beri amaran keras kepada AS jangan campur tangan konflik Israel-Iran
Sergei Ryabkov memberi amaran bahawa bantuan ketenteraan secara langsung oleh Amerika Syarikat kepada Israel boleh menggugat kestabilan situasi di Asia Barat secara drastik. - Foto/ Reuters
RUSIA mengeluarkan amaran keras kepada Amerika Syarikat (AS) agar tidak memberikan bantuan ketenteraan secara langsung kepada Israel dalam perang yang sedang berlangsung dengan Iran, kerana tindakan itu disifatkan mampu menggugat kestabilan seluruh Asia Barat.

Ringkasan AI
  • Rusia memberi amaran keras kepada Amerika Syarikat agar tidak campur tangan secara ketenteraan dalam konflik Israel-Iran kerana dikhuatiri akan menggugat kestabilan Asia Barat.
  • Pemimpin risikan dan diplomatik Rusia menyifatkan situasi semasa sebagai amat kritikal dan menasihatkan AS agar tidak menyertai serangan terhadap Iran, termasuk cadangan membunuh pemimpin tertinggi Iran yang pernah dilontarkan oleh Donald Trump.
  • Ketegangan memuncak sejak Israel melancarkan serangan ke atas tapak nuklear Iran, yang dibalas oleh Iran dengan serangan peluru berpandu ke bandar-bandar utama Israel, sementara Rusia menyeru kedua-dua negara kembali ke meja rundingan.

Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergei Ryabkov, berkata, sebarang campur tangan ketenteraan oleh Washington dalam konflik antara Israel dan Iran akan memburukkan lagi keadaan yang sudah pun tegang.
“Ini akan menjadi langkah yang akan secara radikal mengganggu kestabilan keseluruhan rantau,” katanya menurut agensi berita Interfax.
Ketua Perkhidmatan Risikan Luar Rusia (SVR), Sergei Naryshkin, turut menyifatkan situasi semasa antara Iran dan Israel sebagai “amat kritikal”, dan menasihatkan AS agar tidak mempertimbangkan sebarang pilihan spekulatif untuk terlibat secara ketenteraan bersama Israel.
Sebelum ini, sumber yang mempunyai kaitan dengan perbincangan dalaman AS memaklumkan bahawa Presiden Donald Trump dan barisan penasihatnya sedang menimbangkan beberapa pilihan, termasuk kemungkinan menyertai Israel melancarkan serangan ke atas kemudahan nuklear Iran.
Pada 17 Jun, Trump dalam catatan di media sosial secara terbuka melontarkan cadangan agar pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, dibunuh, namun kemudian menarik balik kenyataan itu dengan menyatakan: “Kami tidak akan membunuhnya... sekurang-kurangnya bukan buat masa ini.”
Ketegangan meningkat sejak 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara mengejut ke atas beberapa tapak nuklear utama Iran, selain menyasarkan saintis dan pemimpin kanan tentera republik itu.
Serangan tersebut dikecam keras oleh Rusia yang menyifatkannya sebagai tidak berasas dan melanggar undang-undang antarabangsa.
Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas beberapa bandar utama di Israel, termasuk Tel Aviv, Ramat Gan dan Beersheba.
Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang sebelum ini menandatangani perjanjian perkongsian strategik dengan Iran pada Januari lalu, telah menggesa kedua-dua negara supaya segera menghentikan permusuhan dan kembali ke meja rundingan. - Sinar Harian/ Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel serang Iran
#Rusia
#Amerika Syarikat
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami