awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Terengganu runding bawa pulang pelajar UPSI menerusi penerbangan ihsan TUDM
DUNIA
IAEA akan teruskan pemeriksaan di Iran selepas keadaan keselamatan
DUNIA
Perbicaraan baharu kematian Diego Maradona diadakan di luar Buenos Aires
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Razarudin bersara selepas lebih 42 tahun menabur bakti

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
20/06/2025
08:04 MYT
Razarudin bersara selepas lebih 42 tahun menabur bakti
Razarudin (kiri) hadir pada Majlis Serah Terima Tugas Dan Paluan Berundur Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini pada Jumaat. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Selepas lebih 42 tahun menabur bakti dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bersara mulai Ahad ini.

Ringkasan AI
  • Tan Sri Razarudin Husain bersara sebagai Ketua Polis Negara mulai Ahad ini selepas 42 tahun berkhidmat dalam PDRM dan diraikan dalam Majlis Paluan Berundur di Pulapol.
  • Beliau menjawat pelbagai jawatan penting dalam pasukan polis, termasuk sebagai Pengarah JSJN, Ketua Polis Perak, dan Timbalan Komander pasukan khas jenayah terancang.
  • Dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-14 pada 2023 secara kontrak, Razarudin berkelulusan Sarjana Sains Sosial dalam Pengajian Kepolisan dari UKM.

Beliau diraikan dalam Majlis Paluan Berundur yang diadakan sempena persaraannya di Dataran Kawad di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, pada Jumaat.
Razarudin dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-14 selama dua tahun secara kontrak, berkuat kuasa 23 Jun 2023 bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau yang dilahirkan pada 15 Mac 1963 di Dengkil, Selangor adalah berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Razarudin memulakan karier di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah sebagai Pegawai Penyiasat.
Antara jawatan lain pernah disandang ialah Penolong Pengarah D9, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Timbalan Komander Special Task Force On Organise Crime, Skuad Taktikal Khas 1 (Jenayah) Bukit Aman, Ketua JSJ Pulau Pinang dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah.
Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak selama dua tahun sebelum menjadi Ketua Polis Perak.
Bermula 2021 hingga 2023, Razarudin dilantik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman selama setahun sebelum Timbalan Ketua Polis Negara.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Razarudin Husain
#bersara
#PDRM
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami