awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WhatsApp boleh sembunyi perbualan guna frasa rahsia khas

Amanz
Amanz
01/12/2023
02:30 MYT
WhatsApp boleh sembunyi perbualan guna frasa rahsia khas
Penggunaan kod rahsia ini adalah tambahan kepada ciri mengunci WhatsApp sedia ada yang diperkenalkan oleh WhatsApp sebelum ini. - Foto Amanz
WHATSAPP kini hadir dengan sebuah ciri baharu dalam memastikan perbualan anda tersembunyi daripada paparan kepada pihak lain.
Melalui ciri baharu ini, pengguna boleh tetapkan sebuah frasa kod rahsia dan menyembunyikan sesuatu perbualan di sebalik frasa rahsia tersebut.
Perbualan berkenaan tidak akan dipaparkan dan pengguna perlu membuat carian dengan frasa rahsia berkenaan di kotak carian di WhatsApp dan ia akan paparkan perbualan yang disembunyikan berkenaan selepas itu.
Dengan langkah ini, pengguna boleh sembunyikan sesuatu perbualan, dan hanya boleh diakses dengan frasa rahsia yang diketahui pengguna tersebut sahaja.
Ini adalah tambahan kepada ciri mengunci WhatsApp yang sedia diperkenalkan oleh WhatsApp sebelum ini.
Untuk mula mengunci dan menyembunyikan sesuatu perbualan, anda hanya perlu tap seketika pada sesuatu perbualan dan seterusnya tekan pada titik menu dan pilih “Lock Chat” atau “Kunci Sembang.”
Ciri menyembunyikan dengan sokongan kod rahsia ini sedang diperkenalkan secara berperingkat dan dijangka diterima semua dalam bulan-bulan akan datang.
Topic Berkaitan
#WhatsApp
#ciri baharu
#sembunyi perbualan
#kod rahsia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan