Pengeluar barangan elektronik pengguna berpangkalan di China, Xiaomi, bercadang membuka enam lagi Mi Stores di Malaysia bulan depan, menjadikan bilangan kedainya di negara ini kepada 10.
Ketua Xiaomi Rantau Selatan Pasifik, Steven Shi, berkata kedai baharu itu terletak di Melaka, Johor Bahru, Alor Setar, Kota Kinabalu dan Seberang Perai.
Pada masa ini Mi Stores terdapat di Kuala Lumpur (dua), Putrajaya dan Pulau Pinang.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan model terbaharunya, Redmi Note 5, Shi berkata, pasaran Malaysia masih menarik ditengah-tengah pasaran telefon pintar global yang semakin kukuh.
Walaupun kadar penembusan mudah alih di negara ini berada pada 130 peratus, kadar penembusan telefon pintar hanya 70 peratus, jelasnya.
"Kami masih melihat ruang untuk meningkat di pasaran yang semakin berkembang dan Malaysia adalah antara 70 negara yang menyaksikan kehadiran kami. Pasaran Malaysia adalah penting kepada Xiaomi," tambahnya.
Terdapat kebimbangan terhadap penurunan permintaan telefon pintar global berikutan rekod jualan yang lemah dalam kalangan pengeluar telefon pintar dunia.
Mengenai perancangan pengembangan Mi Stores, Shi berkata, Xiaomi menyasarkan untuk membuka sebuah di setiap bandar utama supaya produk inovatifnya tersedia untuk orang ramai.
Redmi Note 5 yang dilancarkan hari ini menawarkan dua variasi - 3 gigabyte (GB) RAM + penstoran 32GB berharga RM799 dan 4GB RAM + penstoran 64GB pada harga RM999.
Tempahan awal untuk Redmi Note 5 bermula hari ini di Lazada dan peralatan ini boleh dibeli di Mi Stores bermula 5 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 24 2018
Pada masa ini Mi Stores terdapat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang. - Foto mi.com
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Xiaomi akan buka enam lagi Mi Stores di Malaysia
Pengeluar barangan elektronik pengguna berpangkalan di China, Xiaomi, akan buka enam lagi Mi Stores di Malaysia bulan depan.