awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YTL Communications lancar tawaran prabayar 5G Advanced melalui YES

Bernama
Bernama
15/12/2025
23:30 MYT
YTL Communications lancar tawaran prabayar 5G Advanced melalui YES
Wing berkata selepas pelancarannya pada Oktober di Lembah Klang, Yes telah menyelesaikan pelancaran Yes 5G Advanced ke seluruh rangkaian 5G syarikat. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: YTL Communications Sdn Bhd, melalui jenama perkhidmatannya Yes, melancarkan produk prabayar 5G Advanced pertamanya dengan pengenalan pek permulaan yes 5G Advanced.
Ketua Pegawai Eksekutif Wing K Lee berkata Yes menjadi syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan teknologi 5G Advanced pada pelan prabayar, menjadikan ketersambungan yang premium untuk generasi akan datang.
Ia boleh diakses oleh semua dan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati ketersambungan yang lebih pantas dan responsif sesuai dengan keperluan dalam kehidupan moden masa kini.
"Apabila Yes 5G Advanced dilancarkan pada Oktober, kami telah menaik taraf semua pelanggan pascabayar dan jalur lebar untuk menikmati teknologi 5G bertaraf dunia tanpa sebarang kos tambahan. Hari ini, kami membawakan 5G Advanced kepada semua pelanggan prabayar," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Ditetapkan pada harga serendah RM10, pek permulaan ini menawarkan data 20GB, kelajuan tanpa had dan tempoh sah 30 hari yang terulung dalam industri, kerana ia paling lama berbanding semua pelan prabayar RM10 di pasaran.
Wing berkata selepas pelancarannya pada Oktober di Lembah Klang, Yes telah menyelesaikan pelancaran Yes 5G Advanced ke seluruh rangkaian 5G syarikat, yang kini mencapai liputan 82.4 peratus di kawasan berpenduduk di seluruh negara, sekali gus mengukuhkan lagi kepimpinannya dalam 5G di Malaysia dan memantapkan kedudukan Malaysia sebagai negara kesembilan di dunia yang menikmati standard pra-6G ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rangkaian 5G
#5G Advanced
#ytl
#YES
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan