awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YTL Green Data Centre letak Malaysia di peta global AI - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
20/08/2025
14:30 MYT
YTL Green Data Centre letak Malaysia di peta global AI - Tengku Zafrul
Pusat data itu merupakan hasil kerjasama strategik antara YTL Power International Bhd dan NVIDIA bagi membangunkan infrastruktur AI berasaskan tenaga hijau. - Bernama
KUALA LUMPUR: YTL Green Data Centre di Kulai, Johor kini meletakkan Malaysia di peta global sebagai hab kecerdasan buatan (AI) dan Pusat Kecemerlangan AI di rantau ASEAN.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pusat data itu merupakan hasil kerjasama strategik antara YTL Power International Bhd dan NVIDIA bagi membangunkan infrastruktur AI berasaskan tenaga hijau.
"Projek mega bernilai RM10 bilion ini bukan sahaja melahirkan model bahasa besar (LLM) berdaulat Malaysia sendiri, malah merangsang pembangunan bakat dan kepakaran tempatan.
"Ia sekali gus menjana lebih banyak peluang pekerjaan berteknologi tinggi seperti saintis data dan jurutera AI," katanya dalam catatan di laman Facebook beliau.
Menurut Tengku Zafrul, YTL merupakan salah satu daripada lima rakan NVIDIA Cloud Partner bersama-sama dengan gergasi teknologi global lain seperti Amazon Web Services (AWS), Google Cloud, Microsoft Azure, Oracle Cloud.
"Perjumpaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Jensen Huang, Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA, bukan sekadar sembang kosong! Daripada potensi, kita jadikan realiti," tegas beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ytl
#YTL Green Data Centre
#peta global
#AI
#Tengku Zafrul
#pembangunan bakat
#Kulai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan