awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YTL Power labur RM10 bilion dalam AI, galakkan syarikat tempatan manfaat infrastruktur AI

Bernama
Bernama
08/07/2025
03:05 MYT
YTL Power labur RM10 bilion dalam AI, galakkan syarikat tempatan manfaat infrastruktur AI
Yeoh berkata Anwar memahami impak AI dan teknologi AI kepada negara dan telah menyatakan hasrat beliau agar syarikat itu meneroka pelaburan yang lebih meluas dalam bidang berkenaan. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: YTL Power International Bhd melabur kira-kira RM10 bilion dalam kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur AI setakat ini serta menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia untuk melabur dalam AI dan memanfaatkan infrastruktur itu.
YTL Power merupakan anak syarikat kepada YTL Corporation Bhd.
Pengarah Eksekutif YTL Power, Yeoh Keong Hann berkata syarikat itu telah melabur dalam pusat data, yang disifatkannya sebagai antara pusat data terbesar di dunia dan dalam unit pemprosesan grafik (GPU) dan model bahasa besar (LLM).
"Kami mempunyai 200 megawatt yang telah beroperasi, dan kami berpotensi meningkatkannya sehingga 600 megawatt. Kami turut bekerjasama dengan hiperskala terbesar dunia di kampus kami dan menjalinkan kerjasama dengan NVIDIA yang merangkumi cip GPU.
"Kami juga memiliki cip terpantas di dunia, iaitu cip GB200 Blackwell, yang kini berada di pusat data kami di Malaysia dan akan mula beroperasi dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di Brazil di akhir lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Itali, Perancis dan Brazil.
Hadir sama ialah Naib Presiden Komersial YTL Power Dominic Hua.
Yeoh turut berkata Anwar memahami impak AI dan teknologi AI kepada negara dan telah menyatakan hasrat beliau agar syarikat itu meneroka pelaburan yang lebih meluas dalam bidang berkenaan.
"Kami akan terus melabur dan kami amat berterima kasih atas sokongan kerajaan, serta berpeluang menjadi sebahagian daripada lawatan dan delegasi ini, di mana kami melihat minat global yang tinggi terhadap kepakaran dan teknologi kami.
"Menjadi sebahagian daripada lawatan ini juga membolehkan kami bertemu dengan rakan sejawat kami di Paris, Rom dan Rio de Janeiro, serta berkongsi pandangan secara mendalam. Diharapkan kami dapat mengeksport pengetahuan, kepakaran dan teknologi ini ke peringkat global," katanya.
Dalam masa yang sama, Yeoh menekankan bahawa YTL Power bersedia untuk melancarkan LLM pertama Malaysia, ILMU 1.0, serta Ryt Bank, bank digital berkuasa AI yang pertama di Malaysia.
YTL Power International Bhd merupakan sebahagian daripada delegasi Malaysia dalam lawatan rasmi itu yang bermula pada 1 Julai dan bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala dan merangsang kerjasama perdagangan dan ekonomi.
Syarikat-syarikat utama Malaysia yang menyertai delegasi itu termasuk Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tenaga Nasional Bhd (TNB), Malayan Banking Bhd (Maybank), FGV Holdings Bhd dan Khazanah Nasional Bhd.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#pusat data
#kecerdasan buatan
#YTL Power
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan